Sunday, February 6, 2011

wadai kepeng-pencuci mulut orang banjar..

Posted by Zul Helmei at 8:17 PM
atas permintaan adik bongsu ku...cuti raya cina tadi mak buatkan wadai kepeng tuk kitorang...wallah lama tak makan tapi yang penat nak menggentel tepung tu lah..wadai kepeng ni makanan orang banjar..abah aku orang banjar maka mak aku walaupun bukan orang banjar tapi dah kategori expert buat kuih ni...

kuih ni manis tak elok tuk orang yang ada kencing manis..so bagilah kat sesapa yang tak de penyakit tu je yang makan...ahaks..di sebabkan lupa nak amik resepi kat mak sebelum balik maka korang tengok gambar je lah dulu ye..lain kali aku masukkan resepinya..tepungnya dibuat dari tepung pulut..syrupnya dari gula merah + gula + santan..dah jadi pencuci mulut yang sedap...


penguli tepung yang berjaya


maaf dik tak memenuhi quality control..opah nak bulat2..bukan panjang2..


yang ni pula orang suruh uli tepung dia pegi masukkan dalam bekas mainan..alahai anak aku..


tepung yang dah digentel


rupa bentuk yang dah siap


sedap weh...

p/s:-adik-beradik lain sory ye..kalau nak nak balik kampung nanti buatlah permintaan makanan kat mak..tak der post2..k...

0 comments:

 

Shida Anwar Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates