Thursday, March 31, 2011

KAMI BLOGGER UTAGHA!!!

Posted by Unknown at 1:18 PM 7 comments

dua-tiga minggu lepas ( tu dia 2 minggu lepaih baru nak habaq hari ni) tengah dok BW tetiba terbacalah pasal sorg blogger ni yang duk joint 2,3 group blogger...(huwa sowey lupa sangat sape blogger tu kalau dak boleh bagi kredit)..ternampaklah 1 group ni...Kami Blogger Utagha (KBU)..perasaan melonjak..almaklumlah tanah tumpah darah Utara...group ni mengumpulkan blogger dari 4 buah negeri Perak, Pulau Pinag, Kedah ngan Pelis...

Insan yang bertanggungjawap menubuhkan group ni adalah cik Gadis Kampung Separa Bandar...meh terjah cik GK kat sini

nak citer sikit sejarah hidup ngan negheri2 utara ni....
lahir kat Perak
memula jatuh cinta kat Perak
pandai naik motopun kat Perak
sekolah rendah kat Perak
sekolah menengah kat Perak
sambung belajar tinggi sikit kat Kedah
cukuplah tu banyak2 kang panjang boring plak..so kalau rasa2 korang2 ni asai dari Utara nun..jangan dok malu2 joint tau..keterangan lanjut terjah sini

KBU pun ada FB tau..sapa2 dah joint KBU meh joint gak dalam sini...chow chin chow...

p/s-di sinilah aku bertemu kembar blogger ku...pi serang dia (Adish Shida)



Wednesday, March 30, 2011

masa untuk di uji..

Posted by Unknown at 12:40 PM 2 comments
Salam semua..

Dah dua minggu tak update blog...kekangan masa?...oh tidak masa yang Allah dah bagi cukup untuk kita..cuma kita manusia yg alpa untuk membahagikannya sebaik mungkin..hmmm...

hilang mood... mungkin itu yg sebenarnya..dengan kesihatan yg kurang mengizinkan..anak2 yang turut demam + batuk (sampai sekarang si kecik masih batuk). Dalam diary (di dalam hati) March'2011 benar2 menguji..masalah peribadi tak ketinggalan turut menghimpit tapi biarlah tidak berkongsi..tak sesuaiiiii...bak kata kak OGY Ahmad Daud..

UCU (adik bongsu mak) sekarang berada di hospital..baru menjalani pembedahan membuang kaki sampai ke peha akibat diabetis..pagi tadi telefon UCU Yang (wife UCU) badan UCU dah bengkak2 seluruh badan..air x boleh circular dengan baik..aduhai rasa tersentap...mlm tadi UCU tak boleh tido rasa panas dan sakit di tempat yg operate..YA ALLAH kasihanilah UCU ringankanlah sakitnya..

ACHIK AMAT (adik abah) Alhamdulillah dah keluar hospital..juga minggu lepas telah di masukkan ke IJN (Institut Jantung Negara)...dah sedia nak operate tapi tak jadi..syukur..pagi tadi telefon ACHIK ITA (wife ACHIK AMAT) achik dah beransur ok..Alhamdulillah..

Ujian yg melanda membuatkan aku terus berfikir..Allah sayangkan aku sebab tu dia menguji diri ini..sabar ye Shida..Allah hanya menguji insan yang mampu untuk menghadapinya..

p/s-Alahai baru teringat hutang cik GK satu entry tuk KBU lah..sorry cik GK..


Tuesday, March 15, 2011

Serupa tapi tak sama

Posted by Unknown at 8:30 PM 4 comments
salam semua..

serupa tapi tak sama...

ape bendalah Shida anwar nak ngarut ni


cuba korang tengok ni...

pastu tengok ni pulak

sumber:karangkraf

tengok cover lain sesangat..tapi tengok tajuk amatlah sama...itulah masalah aku yang paling nyata...lupa nama penulis..lupa nama buku...main taram je beli..bila tengok cover best..penulis kesayangan pula sauk dan bayar..hasilnya..walau dah pernah baca..(pernah memilikipun satu masa dulu tp dah hilang..tak tau sapa tak pulangkan) aku dah membeli buat kali kedua.... bila beli? dah lama dah masa bulan satu hari tu Karangkraf ada buat sale...huhu..baru perasan pagi tadi bila nak baca kat opis.."rahsia di hati tak siapa yang tahu"..aik familiar sunnguh ayat tu..sampai mati aku ingat ayat tu..tapi napalah sengal masa beli tak baca betul2...LOL..

tak pelah nasib aku sayang penulis tu..lagipun buku yang lama dah hilang kira replacelah ni..leceh betul ko ni shida..walau boleh di kategorikan novelhorlic tapi nak mengingat tajuk semua buku...minta ampun..aku tau baca dan baca je...ngeee...

p/s-korang tak nak sewa novel ke..jenguklah sini

Saturday, March 12, 2011

Sabtu yang menyebalkan..

Posted by Unknown at 9:59 AM 3 comments
Kerja hari Sabtu?tak de class betul lah..kelas satu anggur je kot...adoyai..dahlah kena kerja Sabtu alternate... sampai ptg pulak tu...adoyai (dah 2 kali)...sungguh menyebalkan..nak buka mata dahlah satu hal..14 kali jam kat tepon bunyi aku pandang dengan hujung mata je...

nak aje aku merayu sambil kenyit2 mata kat boss...bolehlah..bolehlah...tak yah kerja hari Sabtu...kesengalan sungguh org2 kat production itu..dah anak buah korang tak nak kerja terpaksa membabitkan depatmentku yang aman permai ni terbabit sekali kerja di hari Sabtu...adoyai (dah 3 kali)...

aku tak kira nak bawak papan nak mogok depan kilang minta Sabtu tak payah kerja..rasa2 korang ada tak pekerja lain nak ikut...silap2 foreigner jer yg duk belakang aku karang..sebab kebanyakn yg lain tukang angguk je..opsss...anak buahku di admin akan ku paksa rela ikut...

p/s-hahaha...angan semata..bukankah berangan itu free...

Thursday, March 10, 2011

Ya Allah permudahkan urusanku...

Posted by Unknown at 1:35 PM 2 comments
Salam...

Di saat ini hati merintih tapi cuba ku tahan air mata dari mengalir...jika dapat ingin terus ku sekat agar tiada lagi walau setitik..namun aku insan lemah..dugaan Allah sedang menjenguk..paksa atau rela mesti juga aku tempuh..

Ya Allah aku hamba-Mu yang kerdil memohon kasihan dari-Mu untuk menepuh hidup yang penuh pancaroba..mengalir air mata darah sekalipun segala telah berlaku..pinjamkan aku kekuatan..hulurkankan aku ketabahan..sesungguhnya aku hamba-Mu yang selalu meminta-minta..


Wednesday, March 9, 2011

thank to kay_are

Posted by Unknown at 3:58 PM 4 comments
Salam semua..

Dah berapa hari tak buka blog..tah ape hal tah yang dok serabutkan otak..mood nak bersosial ilang langsung..buka2 tengok ada komen..salah satunya dari kay_are.. dia dah lukiskan gambar lah...syioknya..dia dah tunaikan janji dia ..



cantik tak..cantik tak..kalau korang nak gak Kay-are lukis gambar korang cuba korang tanya dia sendiri kat sini..

p/s-tq dik lain kali boleh lukis lagi...ngeee...


Saturday, March 5, 2011

Pengorbanan ibu..

Posted by Unknown at 9:48 PM 3 comments
Salam,

Dah lama migrain tak attack aku..kalau peningpun ala manja2 gitu..bila dah kena serang segala benda tak boleh buat..yang lagi sadis bila si kecik turut demam...tapi sakit macam manapun bila anak sakit kita tetap akan layan si anak..

dah lah perangai si dua beradik ni kalau demam memang tak mau ngan en.hubby..nak tak nak dengan terhoyong hayang layan jugalah permintaan si anak..itulah ibu kalau ngan anak laratkan juga..okislah ye..nak sambung lelapkan mata..x laratlah harap esok pagi oklah sakit ni..nasib minggu ni sabtu bercuti..kalau tak confirm mc punyalah..

p/s:-cuba practis short entry..at least sekali sehari...boleh ke?..kalau malas melanda ada idea pun tak guna..shida..shida..

Wednesday, March 2, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

Posted by Unknown at 9:50 PM 1 comments


salam semua Bro Ben buat segmen lagi..bercerita pasal kematian..jenguk sini ye..

Ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Sepanjang 31 tahun hidup di muka bumi Tuhan ini pelbagai jenis kematian yang pernah aku lihat, sakit tua, kemalangan, HIV, mati masa dalam perut ibu..pedih, perit,teringat,termimpi semuanya terpaksa kita hadapi.

Detik berlalu bukan bermakna kita akan terus melupakan mereka yang telah tiada..kenangan abadi terpahat di minda.Pergi tak kembali...itulah kematian...sebelum itu Al-fatihah buatmu sahabat..12 February yang lalu genap setahun pemergianmu..

Pemergian yang membuatkan bukan hanya aku tapi semua ahli keluarga dan kawan-kawan malah sesiapa saja yg pernah mengenalimu pasti merasai kehilangan...4 bulan engkau menyepi..tiada panggilan,tiada jawapan telefon,tiada mesej juga "status" di muka buku rupanya itu adalah saat2 kau bertarung dengan sakit yg kau juga baru ketahui...itupun hanya aku tahu selepas beberapa kali aku menghantar post di wall muka buku mu setelah melihat bertalu2 kata semangat ditulis oleh kawan2 di wallmu..seorg hamba Allah (teman rapat juga officematemu) telah menghantar mesej di peti mukabuku ku..sampai hati kau tidak berterus terang..kitakan kawan rapat..tapi setelah di beritahu kedudukan sebenar kau hanya mahu berjumpa ahli keluarga sahaja..aku redho..doa tulus ku pohon dari jauh..aku sampaikan berita kepada rakan seperguruan kita yg lain semua melahirkan rasa terkejut....

12 february 2010 selepas detik 12 malam aku menerima mesej dari officematemu mengatakan dirimu telah menghembuskan nafas terakhir...terasa seperti detik masa terhenti seketika..terus beritahu en hubby..dengan air mata yg mengalir aku sampaikan berita kepada rakan2 yg lain...pergi sudah seorg sahabat sejati..yg selalu mendengar cerita hati ini, meminjamkan telinga di saat aku memerlukan, yg x pernah lokek berkongsi pandangan..yang pernah menjadi sebahagian antara teman seperjuangan..kau yang pernah...

sejam berlalu...mata x dapat dilelapkan mesej demi mesej diterima... berkongsi kesedihan..berkongsi kehilangan..tiba2 satu mesej yg memeranjatkan diterima..beliau belum pergi hanya nafas terhenti..adik beradik diminta pulang segera...Ya Allah berilah kesempatan untuk beliau terus bernafas..kering terus air mata..

namun Allah lebih menyayangi..Jumaat penghulu segala hari dia tetap diambil pergi...telah tersurat di sana..maka sekali lagi kami sahabat2mu mengalirkan air mata...pergi kali ini amat pasti...pergilah dikau sahabat..pergilah dengan tenang...yang pasti ramai akan mendoakan dirimu di sana...kerna nasihatmu..gelak tawamu..tiap pertolongan mu akan sentiasa di kenang semua keluarga..kenalan..sahabat2mu..

arwah memang disenangi semua orang di sekelilingnya...anak yang baik...selagi terdaya akan menolong kepada yang memerlukan..tapi arwah memang menjaga batas2 pergaulan..benarlah seperti kata orang..orang yang baik memang di sayangi Tuhan..kerna itu di panggil cepat..

ps:-Alhamdulillah aku dah jumpa seorg lagi teman rapat aku dan arwah di muka buku....semasa hayat aku dan arwah memang mencari teman ini kerana telah terputus hubungan..walau arwah sudah tiada aku tetap bersyukur kerana hajat arwah dapat aku tunaikan walau sudah tidak bertiga tapi dalam ingatan kami tetap bersama..

Tuesday, March 1, 2011

sayangi diri

Posted by Unknown at 6:29 PM 0 comments

Pad Herba Avail Beauty sesuai untuk kegunaan seisi keluarga..
  1. kegunaan seperti pad biasa
  • membantu mengelakkan bau
  • pusingan lebih teratur
  1. untuk kegunaan luar seperti
  • sakat kepala
  • anak demam
  • sakit tumit
untuk kegunaan lain klik sini


penggunaan yang kerap dapat mengelakkan daripada barah rahim yg menjadi musuh wanita

sayangi diri, sayangi pasangan anda,sayangan ahli keluarga




 

Shida Anwar Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates