Monday, April 25, 2011

choc for order (2)

Posted by Unknown at 3:20 PM 1 comments
Assalamualikum dan salam sejahtera..

raya dah nak dekat marilah mula menempah ye..


1 set:RM2.50
2 pcs choc mint inti peanut butter
1 pc corn flakes gumpal
1 pc crunchy gumpal
min order 30 set
(tidak termasuk pos)

1pc: RM0.80 - RM1.00 (bergantung bentuk coklat)
min order 30pcs
(tidak termasuk pos)









nak tengok lagi klik kat sini ye



Thursday, April 21, 2011

Door gift,hadiah hari jadi,hadiah suka2..

Posted by Unknown at 7:00 PM 0 comments
Assalamualaikum semua...

Koleksi Shida dengan produk terbaru..... SOLEHA PERFUME

minyak wangi yang mengandungi 100%
pati minyak wangi TANPA ALHOKOL

amat sesuai untuk dijadikan hadiah wangian kepada yang tersayang,
juga sesuai untuk dijadikan door gift kepada yang akan melangsungkan perkahwinan atau sebarang event
kepada pelajar2 yang mahu menjual di hari terbuka kolej/sekolah/universiti anda
jangan lepaskan peluang



Hanna Gift Set:
Kandungan Set
  • 1 botol Haruman Hanna 3ml
  • 1 kad ucapan
  • 1 Bekas Hiasan
  • Harga:RM10.00 (tidak termasuk pos)

Rania Gift Set:
Kandungan Set
  • 1 botol Haruman Rania 3ml
  • 1 kad ucapan
  • 1 Bekas Hiasan
  • Harga:RM10.00 (tidak termasuk pos)

Mayra Gift Set:
Kandungan Set
  • 1 botol Haruman Mayra 3ml
  • 1 kad ucapan
  • 1 Bekas Hiasan
  • Harga:RM10.00 (tidak termasuk pos)

Ellese Gift Set:
Kandungan Set
  • 1 botol Haruman Ellese 3ml
  • 1 kad ucapan
  • 1 Bekas Hiasan
  • Harga:RM10.00 (tidak termasuk pos)

pembelian dengan jumlah yang banyak akan mendapat harga borong yang berpatutan




Tuesday, April 12, 2011

mak ikut ye pergi angkasa...

Posted by Unknown at 11:45 AM 2 comments
Di suatu malam yang tak berapa nak sunyi..

Anak: mak... bila mamat besar nanti mamat tak jadilah nak jadi ultraman (cita2 sebelum ni)

Mak: kenapa.. kata best jadi ultraman?

Anak: mamat nak jadi astronaut (angkasawan) lah..

Mak: (berasa teramat bangga...wah anakku..)

Anak: nanti mak ikut mamat pergi naik angkasa ye..

Mak: (bertambah banggalah lagi sbb anaknya ingat kat mak)..kenapa mamat nak bawak mak pergi angkasa?

Anak: sebab mamat tak tahu jalan nak balik..takut sesat..

Mak: terpinga-pinga...aduhai anakku..

p/s-lepas tu si emak tergelak terbahak-bahak menambahkan ketidak sunyian malam itu..hmmm.

Friday, April 8, 2011

pepagi Jumaat yg havoc...

Posted by Unknown at 2:00 PM 3 comments
Allahhuakbar..pepagi lagi masa pg kerja nampak sorg penunggang motosikal (pompuan) dah tergolek kat satu round board di langgar dek sebuah kereta..nasiblah masa tu kenderaan banyak so masing2 mmg bawak slow..jadinya pompuan tu x lah teruk may b motor dia je calar2 sikit..tak tolong ke?..bukan x nak masa aku melintas tu (pun naik moto) kenderaan banyak so x leh berhenti kat tengah2.dah lepas sikit toleh belakang tgk dia tengah cekak pinggang kat org dlm keta yg langgar dia tu..marah kot dia sbb kalau tgk keadaan mmg salah kereta tu..

sampai kat opis terus sarapan walau loceng dah bunyi..lapar x kiralah nak makan dulu..buka pc x sampai 5 minit tgk skype berkelip-kelip

"almost 300 drawing in server missing"

huwaaaa...rasa nak tergolek dog...biar betik?..aduhai hilang..banyak giler..sapelah yg buat dajal ni..Ya Allah..sunngguhlah kecoh sungguh di pagi hari pasal drawing kat server hilang..system plak dah jadi error...huhuhu..PIC plak emergency leave..maknanya terpaksalah semua2 drawing di recall..satu kerja pulak..tak kira pas ni nak block file tu..lantaklah..dah x percaya kat yg lelain...yg jadi mangsa admin juga..nasib ada org baru (baru tukar department) yg boleh di suruh buat..ngeh..ngeh..ngeh..kecoh..kecoh..

p/s:-nasib tak ada sakit jantung kalau tak...hmmm...

Monday, April 4, 2011

Cucu ke-10 Haji Anwar dan Hajah Rokiah..

Posted by Unknown at 1:15 PM 3 comments
Alhamdulillah...walaupun consider tak cukup bulan (salah kira kot)..akhirnya adik iparku selamat melahirkan anak prempuan pagi semalam (03/04/2011). Setelah melalui saat getir terpaksa keluar melalui tingkap (operation) tapi kedua2-nya (ibu dan anak) selamat.

Bertambah ahli keluarga..cucu ke-10 bagi Haji Anwar dan Hajah Rokiah..kepada biyang dan Liza tahniah..jalankan amanah Allah dengan penuh tanggungjawap..kepada si kecik (x de nama lagi)...welcome to our family...




Friday, April 1, 2011

Follower ke-100...tahniah Selipar Jepun..

Posted by Unknown at 1:25 PM 1 comments
Semalam...(semalam?..baru nak wat hari ni...aku memang suka terlambat..ngeee...) genap dah 100 org follower aku...jenuh merangkak berbulan baru nak dapat..uhuk..uhuk...almaklumlah blog picisan..dahlah picisan malas nak update plak tu...sowey yek...

toce tu Selipar Jepun...kerana menjadi follower ke-100...setelah post status kat Sahabat Blogger, Blogger Perak, Kami Blogger Utagha "siapa yang ke-100????"..member dari SB tanya URL..nengok2 member BP-an yang dah terjah..hihi..

apa kata hari ni ramai2 kita berkenalan ngan Selipar Jepun...jommmmmmmmmm...

p/s-tengah dok pikior...nak bagi apa ye kat Selipar Jepun..suka coklat dak?..


 

Shida Anwar Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates