Friday, February 25, 2011

social network vs novel

Posted by Helmei Rashid at 9:15 PM 4 comments Links to this post
alahai bila dah terjebak dengan social network ni kesian novel-novel ku seperti di anak tirikan..dulu ngan facebook..skang ni ngan blog pulak...ngeee...yang terbaru dok layan Sahabat Blogger...opsss bukan nak salahkan sesiapa tapi nak salahkan diri sendiri..

tengah berperang dengan ketamakan dalaman....hobi baru vs hobi lama....social network vs novel...maka di celah kesibukan bekerja dan urusan rumahtangga...setiap hari tetap cuba cari ruang untuk diri sendiri..memuaskan diri sendiri melayari internet berhubung dengan keluarga (mak pun ada pesbuk tau) dan kawan2..manakala membaca di waktu rehat sambil makan (punyalah gila novel) takpun di saat anak dah mula rebut nak tengok cartoon kat tenet...ngeee...

ada yang mempertikaikan kenapa engkau suka sangat baca novel..sampai masa makanpun ko nak baca novel..apa kata ko baca Al-Quran pula...aduhai kawan perlukah aku menunjuk2 membuat ibadah..lagipun bukankah itu kitab suci menghinalah aku sambil makan membacanya...berfikirlah sebelum berkata2 ye..

p/s:-jenguklah sini ye..mari lihat novelku itu..



kasut mana yang korang suka

Posted by Helmei Rashid at 2:10 PM 3 comments Links to this post
salam Jumaat

dapat satu email dari sorang member banyaknya kasut sampai tak tahu nak pilih yang mana satu....apa kata korang tolong pilihkan yang mana sesuai..





















tak makan ikan dah jawapnya





bayangkan kasut tikus ni korang letak tepi katil esok pagi tengah mamai nak pakai kasut rasa ada bulu2..maka jeritan nyaring akan kedengaran di waktu pagi..


p/s:-selipar jepun pujaan hatiku

Tuesday, February 22, 2011

mentang-mentang saya naik moto jer...perempuan pula tu

Posted by Helmei Rashid at 9:14 PM 7 comments Links to this post
salam semua...

panjangnya tajuk ini hari...actually ini cerita malam tadi masa balik kerja..kisah pemandu-pemandu Malaysia yang kurang berhemah lagi bersopan santun di jalan raya..nasib baiklah umur ku masih panjang di selamatkan dari mara bahaya pancaroba

alkisah masa keluar dari satu round board adalah sebuah kereta ni bagi signal ke kiri..tengok dari belakang dia menghimpit ke kiri macam nak berhenti je, jadi sayapun terus memotong tetiba je kereta tu masuk ke kanan balik aduhai rasa nak berhenti jantung..maunya tidak bila kereta terus menghimpit saya ke kanan tengok depan ada cahaya lampu...trellar tu dari arah depan..saya tawakal dalam hati dah mengucap panjang...nasib baiklah masih ada ruang untuk saya memboloskan motor

aduhai rasa geram campur terkejut betul dengan tindakan kereta tu...gila meroyan agaknya..nak kata motor saya tak ada lampu siap bagi signal lagi masa memotong tu..nak kata pakai baju gelap tidaklah juga....sungguhlah kurang ajar bila selepas tu dia memecut memotong saya macam tak buat salah...

inilah masalah sesetengah pemandu di negara kita ni bila kereta dah modify sikit belagaknya setinggi gunung tak hiraukan orang lain..bukan semua tapi segelintir..lagi-lagi kalau dengan pemandu/penunggang perempuan macam saya ni..bukan setakat naik motor tapi masa memandupun saya selalu di anaktirikan...sayapun bayar cukai jalan juga bukan percuma ye...setakat kereta dah upgrade sikit janganlah nak pentingkan diri tolonglah ingat pada pengguna jalan raya yang lain ni gak ye..kereta sport buatan luar negarapun lagi bersopan santun bagi laluan kat saya yg naik motor ni

p/s-harap2 mak tak bacalah ye..nanti terkejut pula..kalau mak baca ucapan untuk mak..ok2 nanti ida kumpul duit beli keta ye mak...huhuhu...takpun apa kata mak pinjamkan duit muka dulu...hihi

Sunday, February 20, 2011

aku juga ingin bahagia..

Posted by Helmei Rashid at 10:10 PM 0 comments Links to this post
semua orang layak untuk bahagia..tolonglah jangan nafikan hak setiap insan itu...sape engkau..sape korang..sape dia nak menafikan hak mutlak setiap insan tu..tolonglah jangan meragut..jangan merentap..jangan menidakkan kebahagiaan mereka

bukalah hati..bukalah minda..bukalah mata..pergilah jauhkan dirimu..ignorekan sikapmu..aku jelak..aku benci..serasa menjerut segenap urat di kelapa memikir..mendengar..melihat telatah..gelatat itu..

bersimpatilah...bertimbang rasalah...berubahlah..kerana aku..mereka..kamu..dia juga ingin bahagia..

ps:-aku adalah aku..

Thursday, February 17, 2011

di sudut kamar hatiku

Posted by Helmei Rashid at 6:00 PM 7 comments Links to this post

Di Sudut Kamar Hati Ku
Artist: Jamal Abdillah

Resah hatiku merindui
Terbayang-bayang anggun, senyum dan tawamu
Baru semalam rasanya bagai setahun
Pemergianmu tak tertanggung

Indah suasana tika bersama
Siang dan malam seolah di alam syurga
Cintamu itu cinta yang setulus jiwa
Dimana ku cari gantinya

Telah kulupa detik hitam selamanya
Yang menodai cinta kita
Tidak terdaya menahan takdirnya
Engkau abadi di dalam dada

Sepi dunia didalam riuh rendahnya
Pedih jiwaku tanggung derita
Patah hatiku kesalan tiada terhingga
Kau satu dalam berjuta

Kepada Tuhan tempatku taruh harapan
Engkau selamanya dalam bahagia
Cintamu itu biar kukenanginya
Di sudut kamar hatiku...

Sekadar coretan buat kenangan
Cerita kita di sini kuabadikan
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman
Tinggi harapan semoga diketemukan
Di alam impian syurga idaman

p/s-mood: rindu..

Wednesday, February 16, 2011

tolong jangan gelak

Posted by Helmei Rashid at 5:17 PM 8 comments Links to this post
tolonglah jangan gelak....sakit telinga dengar tau...pernah tak korang rasa nak lempang orang semata-mata sebab dia gelak..ni dah kes berat sampai org gelakpun ko nak lempang...hahahaha...biar aku pulak yang gelak..gelak-gelak-gelak....

bukan pe kalau ko rasa ko nak gelak sebab nak menunjuk-nunjuk hentikanlah...buat terkeluar taik telinga je orang dengar...aduhai sian plak bila sorang member hantar mesej kat fb sekejap tadi mengadu pasal officemate dia sikit-sikit gelak..sikit-sikit gelak semata2 nak menunjuk-nunjuk dan menarik perhatian orang sekeliling...

tolonglah ye..kalau sebab itulah ko nak keluarkan suara garau semata-mata nak tarik perhatian alangkah kesiannnya kat kau..dan yang paling kesian orang sekeliling kau..kesian sebab terpaksa tadah telinga dengan paksa relanya...

ps-terimalah aku seadanya..

Tuesday, February 15, 2011

ERR .. HYE . SAYA BLOGGER BARU

Posted by Helmei Rashid at 6:13 PM 10 comments Links to this post

segmen segera En. Ben hari ni khas untuk blogger baru yang follower bawah 100...gila tak nak ikut shida..ko ingat ko dah pemes sangat...ikut jangan tak ikut..selagi cukup syarat jangan lepas peluang

en Ben memang selalu tolong blogger-blogger baru lagi tak femes macam aku ni tuk promotekan blog dan bagi tips2 berguna itulah otai blogger yang cukup di kenali..taq en. Ben

segmen apa plak kali ni pergilah korang terjah kat sini ye..



sambutan maulidul rasul-taman setia, jalan johan setia, klang

Posted by Helmei Rashid at 5:49 PM 4 comments Links to this post
Alhamdulillah hari ni berpeluang juga aku ikut serta dalam perarakan sempena sambutan Maulidul Rsul 1432H anjuran surau Al-Ikhwan taman perumahan aku..dah 7 tahun kerja baru tahun ni company tercinta bagi cuti... tak lepas peluang joint punyalah..

yang lagi best tahun ni lorong akulah paling ramai hantar peserta..berganda-ganda bestnya bila tersenarai dalam lima lorong terbaik antara berbelas lorong yang bertanding...huyeyyyy..walau tempat ke-5 tetap memberikan kegembiraan kepada setiap ahli lorong yang ambil bahagian..

upacara melepas burung sebagai simbolik Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. membawa umat Islam ke arah kebaikan...(eh...mana burungnya yang nampak reben2 terbang je...haha)

piala kemenangan

penyeri lorong..lorong kitorang je tau yang sanggup tolak keta sorong bawak anak kecik...semangat untuk meraikan Junjungan Mulia..

adik-Nur Khairunnisa

abang-Muhammad Khairil

sebahagian ahli lorong Setia 2D


Selawat dan salam ke atas JunJungan Mulia Nbi Muhammad S.A.W..kami umatmu amat merinduimu..


Monday, February 14, 2011

minggu sibuk..

Posted by Helmei Rashid at 2:45 PM 2 comments Links to this post
sibuk lah sangat...hahaha..berhabuk dah blog ni walau baru 2-3 hari tak bertulisan baru almaklumlah jerebu kuat sekarang ni..yelah minggu lepas minggu sabtu bekerja..kesian tul dahlah selalu orang lain sabtu kerja half day tapi kat sini sampai kul 4.15 pm..penatlah...

malam tu pulak pergi berfoya-foya ngan adik kakak MCE ngan adik x-MCE kat dataran Shah Alam sambut besday si Lieya Ling-Ling yang ke....ayak lupa nak tanya..hahaha..bawak anak2 kesayangnku itu..maka bergabunglah mereka ngan anak si Liely..wah sampai ke hujung padang dorang main ball nasib tak kena colek..penat.. semalam (Ahad) maka melepaklah di rumah je ye

sok nak pergi berarak keliling taman sempena Sambutan Maulidul Rasul joint jiran-jiran wakil lorong..plan:bawak keta sorong tak sanggup nak dukung si adik yang dah mula berat..rabu nak berarak lagi Tadika abang plak buat sambutan Maulidul Rasul..kojer half day je ye kawan2..pesanan dari pihak penaja.."make sure u punya kerja settle sebelum u cuti"...walla weh macam nak cuti seminggu padahal setengah hari je tu..

p/s-jangan lupa pakai sunblock..mmm..macam dah habis je..


Friday, February 11, 2011

pergi tak kembali..

Posted by Helmei Rashid at 2:15 PM 3 comments Links to this post
Salam Jumaat

Penghulu segala hari..hari yang dimuliakan..
setahun yang lalu aku..bukan hanya aku..tapi kami.. dikejutkan dengan berita pemergianmu...pedih..sedih..itu yang dapat aku rasakan..tidak bukan hanya aku... tapi kami kenalanmu...kawan-kawanmu..sahabatmu..ahli keluargamu tentunya..

Al-Fatihah buatmu sahabat...pergimu takkan kembali...meninggalkan kenangan yang bukan sedikit untuk diingati..bait tutur kata...ikhlas nasihatmu tak mungkin kami lupakan..


Pergi Tak Kembali
Album : Rabbani

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

sumber: sini

setahun yang berlalu bukanlah penyebab kami melupakan keikhlasan persahabatan yang pernah kau berikan..semoga rohmu dicucuri rahmat-Nya..dan ditempatkan bersama para solehah serta orang2 beriman..

kau memang suka berangan Singapore Airlines System (SAS) itu kau yang punya..kerana namamu Sirajudin Abdul Samad (SAS)
ketawa mengingatkannya .. mengalir air mata..



p/s-selalu orang berkata orang yang baik disayangi Tuhan sebab tu mereka pergi terlebih dahulu dari yang lain...hanya...kau yang pernah...

Thursday, February 10, 2011

angkuhnya dirimu

Posted by Helmei Rashid at 2:35 PM 1 comments Links to this post
angkuhnya dirimu wahai insan
yang pernah ku gelar teman
mendabik dada bahawa kau tak perlu sesiapa
kau boleh menongkat ke langit berpasak di bumi

angkuhnya dirimu wahai makhluk Tuhan
mengangkat dirimu bersendirian
kononnya kau tak pernah dipimpin
bersendirian di waktu silam mu

sedarkah apa yang terluah dari mulut mu itu
ibarat menjilat ludah sendiri
cuba kau fikir cuba kau ingat suatu dahulu..
telinga ini yang pernah kau pinjam untuk bercerita
terlupa kah kau wahai seorang yang pernah ku panggil kawan

jangan kau angkuh..jangan kau gelojoh..
ingatlah satu masa kau tidak akan ke mana-mana

Wednesday, February 9, 2011

bebas cancer

Posted by Helmei Rashid at 9:45 PM 2 comments Links to this post
semalam ada check up lagi kat Hospital Putrajaya...follow up yang hari tu..punyalah ramai umat..dahlah amoi nurse tu tak bagi aku amik darah dulu sebelum dapat no..alahai..sebelum ni ok je..tunggu no dekat sejam..lapar gila..pas dah dapat no baru leh amik darah..kurang lagi darah aku..pas tu tunggu lagi baru jumpa doctor..

asalnya puan doctor cakap result belum dapat..bapak lama dah dekat dua bulan..tapi nasib baik Puan doctor baik hati tepon makmal push dorg..leh... dah ada rupanya cuma belum key in kat system..apalah diorang ni..puan doctor suh aku tunggu kat luar...tunggu lagi?aduyai masak aku hari ni...sementara tu pegi amik ubat dulu..banyak gila ubat aku..stock tuk 2 bulan pas tu kena datang lagi amik..

banyaknya ubat..kenyang ubat je jawapnya..jimat beli nasi..

bila no aku kena panggil lagi sekali akupun melangkah lenggang kangkung..padahal dalam hati ada ombak ganas..takutlah weh..Alhamdulillah puan doctor senyum je.. confirm..bukan cancer..parathyroid biasa je..Alhamdulillah..syukur kepada-Mu YA ALLAH..punyalah suka masa balik berangan senyum2 sorang dalam keta sampai aku sesat .. (sila baca... sini)


p/s-mak antara orang paling gembira selain diri aku sendiri..terima kasih mak sebab sudi teman ida tidor kat spital walau ida tido atas katil mak tidor atas kerusi jer...sob...sob...sob...

Tuesday, February 8, 2011

sesat di Putrajaya

Posted by Helmei Rashid at 10:03 PM 3 comments Links to this post
aduhai...dah berpuluh kali dari tahun 2008 aku dok ulang alik ke Hospital Putrajaya (HPJ) hari ni buat kesekian kalinya aku sesat lagi...buat malu jer..panik dah tentulah lagi-lagi aku bukanlah selalu sangat jalan2 kat Putrajaya ni....balik2 sampai HPJ je itupun ikut highway..kelakarpun ada gak...

nak jadi sebab aku nampak jer jalan yg ada papan tanda ke Shah Alam tapi aku just pandang dan terus...gila apa tah..selalu sangat macam tulah permulaan aku sesat kat Putrajaya ni..pandang je sign board tapi tak ikut...yang lagi sadis aku sesat sampai exit nak gi Bangi..lalu depan Hospital Serdang...selalu tu area Putrajaya je gila babas tul..siap masuk South Klang Valley Expressway (SKVE) lagi...nasib aku tak terus sampai Seremban kalau tak balik umah mak mentua terus jawapnya..

dalam hati apesallah aku tak der no tepon bloggers femes tu..kan dia dok
Putrajaya kalo dak aku suh dia pick up aku dan tunjukkan aku jalan yang benar..sape yang femes tu?sape lagi kalau tak en ben kita...rasa2nya dia sudi tak tolong aku?entah2 kenalpun tak..


Monday, February 7, 2011

gegar 1,000 blog oleh ben ashaari

Posted by Helmei Rashid at 4:32 PM 4 comments Links to this post
mari menggegar blog bersama en. Ben Ashaari...




SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

apo bondo ni?...nak tau jangan segan silu terjah sini



 

Shida Anwar Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates