Thursday, February 10, 2011

angkuhnya dirimu

Posted by Unknown at 2:35 PM
angkuhnya dirimu wahai insan
yang pernah ku gelar teman
mendabik dada bahawa kau tak perlu sesiapa
kau boleh menongkat ke langit berpasak di bumi

angkuhnya dirimu wahai makhluk Tuhan
mengangkat dirimu bersendirian
kononnya kau tak pernah dipimpin
bersendirian di waktu silam mu

sedarkah apa yang terluah dari mulut mu itu
ibarat menjilat ludah sendiri
cuba kau fikir cuba kau ingat suatu dahulu..
telinga ini yang pernah kau pinjam untuk bercerita
terlupa kah kau wahai seorang yang pernah ku panggil kawan

jangan kau angkuh..jangan kau gelojoh..
ingatlah satu masa kau tidak akan ke mana-mana

1 comments:

zmanja on February 10, 2011 at 2:57 PM said...

salam ziarah...

 

Shida Anwar Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates