Thursday, February 3, 2011

dah berubah

Posted by Helmei Rashid at 10:17 PM
tumpang amik gambar kebun orang lain

benti tepi jalan jap semata-mata nak amik gambar ni

akhirnya tengah hari tadi aku anak beranak (en. hubby? biasalah business man busy..hak hak) sampai gak kat kampung ku...Besout tercinta..ada yang tak tau kat mana ye Besout ni..bukan Terengganu..tu Besut..ni Felda Gunung Besout ...ada banyak dalam gugusan ni..aku duk kat Besout 4..terletak dalam daerah Batang Padang di pekan Sungkai, Perak..kalau dari selatan exit Slim River dari utara lak exit Sungkai..dah macam buat peta oang kawin da..

dah lain sangat dah muka bumi kampung aku ni..dah tak ada pokok-pokok sawit tinggi melampai..eh silap bukan tak ada langsung tapi tinggal sikit more to gondol semuanya..dah banyak kebun sawit yang dalam proses tanam semula..dah tua dah tanah tumpah air mataku ini...mak cakap kebun abah pun dah mula kena tebang..tapi aku tak sempai nak melawat..last aku masuk kebun rasanya masa tingkatan 1 kot..abah tak bagi ikut...pompuan tolong mak maask kat umah je..

p/s-dengan penat lelah abah mengait kelapa sawit..mak kutip buah lerai dengan hasil tu lah yang membesarkan aku adik beradik..terima kasih mak abah..





0 comments:

 

Shida Anwar Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates