Book Rental

0 comments

Minat membaca buku-buku cerita sedari baru mengenal huruf seawal lima tahun tidak pernah hilang walaupun selepas berkahwin…dari kisah dan tauladan…beralih ke komik seperti gila-gila,ujang…menginjak remaja kepada novel-novel dan majalah-majalah…melihat koleksi yang semakin bertambah (tak kurang juga hilang akibat tidak di pulangkan kawan-kawan-kesian) membuatkan otak berfikir untuk membuatkan sesuatu yang dapat memberikan income di samping berkongsi minat dengan kawan-kawan..tercetuslah idea membuat sendiri perkhidmatan menyewa novel….




ANTARA KOLEKSI PERIBADI KESAYANGANKU


untuk mengetahui cara menyewa novel sila klik sini










TAJUK: AKU CINTA DIA
PENULIS: SHARIFAH ABU SALEM
PENERBIT: ALAF 21

Petikan muka belakang

Dania gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibatnya papanya Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Safffiyah tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial.

Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH.  Walaupun dosa yng ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu di pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir.

Dalam diam, dia terpaut pada sifat-sifat mulia Ustaz Iqbal salah seorang tenaga di Wadi Saffiyah. Namun, bila difikirkan, mana mungkin dirinya yang kotor jatuh hati pada insan semulia Iqbal? Sehinggalah suatu hari , dia menerima hadiah pemain MP3 dan Al-Quran kecil daripada lelaki itu.

Apakah maknanya ini? Adakah  Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai Allah dan Rasul-Nya terlibih dahulu sebelum dia mencintai sesame manusia

Dania bimbang dengan kenyataan ini.
Takut dia bertepuk sebelah tangan.






TAJUK: KASIH ANTARA KITA
PENULIS: ALEYA ANEESA
PENERBIT: ALAF 21

Petikan muka belakang

Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin…. Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi.

Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan ayang dia ada?

“Tapi…  dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.”

Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama  Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri!

“Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya”.

Lantas hati kecil Emelda bertanya, “inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?”

Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepad cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya”.





TAJUK: ILHAM HATI
PENULIS: DAMYA HANNA
PENERBIT: ALAF 21

Petikan muka belakang

Rian sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan  terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali saying, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewaka. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.

Lantas apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk di musnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?







TAJUK: OMBAK RINDU
PENULIS: FAUZIAH ASHARI
PENERBIT: ALAF 21

Petikan muka belakang

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu bapa saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itudan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumahtangga yang terbina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


TAJUK: CINTA TIADA AKHIRNYA
PENULIS: FAUZIAH ASHARI
PENERBIT:
Petikan muka belakang

Rentetan perkahwinan rahsia antara Izzah dan Harriz di ‘Ombak Rindu’ dipanjangkan lagi di dalam “Cinta…..Tiada Akhirnya”.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha…Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah…CINTA TIADA AKHINYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya. Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mencorak minda, mendebarkan jiwa, CINTA …TIADA AKHIRNYA akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.


TAJUK: RINDU CINTAKU
PENULIS: FAUZIAH ASHARI
PENERBIT:

Petikan muka belakang

Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tidak berdaya untuk menggalas bebn yang menbelenggu hati bila cinta suami ditagih insane lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibag keegoaannya. Hariz hilang punca, hilng kuasa dan hilang Izzah. Namun, membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan, apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumhtangga? Cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau….. Nyawa?







TAJUK: BAGAIKAN PUTERI
PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
PENERBIT: ALAF 21

Petikan muka belakang

Haryani dan Laksamana Sunan…..saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insane ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.
Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkah sahaja cinta yang terpendam.
Dani…pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryanikembali semula kea bad 21.
Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya, sama ada tinggal bersama. Laksamana Sunan penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupandalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!


TAJUK: CINTA SANG RATU
PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
PENERBIT: ALAF 21

Petikan muka belakang
Cinta Sang Ratu
laksana langit mencengkam purnama, ibarat mutiara di lautan biru saujana mata memandang, seluas langit terbentang.
Tatkala cinta berbisik, suaranya menjadi TUHAN pabila rindu terusik, rasulnya jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan Sang Ratu menjadi impian.
Akhir kurun ke-15: Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinaju dan mengharapkan Lakasamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi, dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu padanya
“sebagai manusia, aku sayang padamu”
Awal abad ke-21: Bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak besar itu. Hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.
“Haryani, walau apapun yang berlaku, saya tetap mencintai awak.”
Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun, apakah lelaki-lelaki yang ditemui itu masih memegang kata-kata mereka sebagai satu janji?
Cinta Sang Ratu..
Mengulang kisah perkelahian di langit yang berlanjutan kepada peperangan di bumi semata-mata kerana cinta..

TAJUK: HIJAB SANG PENCINTA
PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
PENERBIT: ALAF 21

Petikan muka belakang
Rasa rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Anmun kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya di bayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Mleyu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan istana.
Saifuddin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai kea bad 21. sekali lagi Saifuddin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang sentiasa mengiringi setiap injak kaki nya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
Hijab Sang Pencinta – pelengkap trilogy Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifuddin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awabg Murshid, sekali lagi menggentar perasaan dan menggentar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini…





TAJUK: SETEGUH CINTA
PENULIS:
PENERBIT: ALAF 21

Petikan muka belakang

Mahligai bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunngannya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang perkahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hasi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.

Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisi. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adl berhenti kerja dan menjadi ‘house husband’. Untuk mengelakkan rumah tangga terus berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan.

Perpisahan itu mula menimbulkan kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mua menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hamper terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini.

Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?






TAJUK: TANGISAN BULAN MADU
PENULIS: SAMSIAH MOHD. NOR
PENERBIT: CREATIVE ENTERPRISE SDN. BHD.

Petikan muka belakang

Menganggur setelah memerah tenaga dan membuang usia untuk mendapatkan segulung ijazah dari university adalah pengalaman yang menyakitkan. Amira tidak dapat memenuhi harapan keluarga, kekasihnya memutuskan cinta untuk mengahwini gadis lain, percintaan dengan Bogatt dihalangi oleh Puan Marina yang memilih darjat. Setelah akhirnya Bogatt berjaya juga memimpin tangannya ke pelamin, merekatidak sempat berbulan madu. Mengapa?



TAJUK: TANGISAN BULAN MADU 2
PENULIS: SAMSIAH MOHD. NOR
PENERBIT: DIWANGSA PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS

Petikan muka belakang

Bulan madunya tidak kesampaian. Bogatt lebih dahulu menemui Tuhan. Bertahun Amira cuba menyebak mimpi hiba itu. Namun semakin lama dan jauh dia pergi, kian kejap ingatannya terhadap Bogatt. Bogatt tidak pernah mati dalam hatinya. Kehadiran Razlan yang seriras Bogatt telah mengusik hati perempuannya! Siapa Razlan yang tidak dapat diterimanya itu? Mengapa setelah gadis lain mengisi kekosongan Razlan, Amira berasa kecewa?



TAJUK: TANGISAN BULAN MADU 3
PENULIS: SAMSIAH MOHD. NOR
PENERBIT: KHALYSA PUBLISING AND DISTRIBUTOR

Petikan muka belakang

Kemelut hidup Amir tidak berkesudahan. Pengalaman yang dihirup dan dugaan yang mendatang kian mematangkannya.

Janji dan sumpah setianya pada Bogatt tidak pernah dilupakan. Baru sahaja hendak mengecap bhgia dengan seseorang, dia dikejutkan dengan berita yang meruntun jiwa dan memamah hatinya.

Siapakah lelaki yang  hadir dalam hidup Amira? Azali?Razlan? atau insan lain? Dan apakah badai yang menimpanya? Semuanya terjawab dalam novel Tangisan Bulan Madu 3.



TAJUK: TANGISAN BULAN MADU 4
PENULIS: SAMSIAH MOHD. NOR
PENERBIT: KHALYSA PUBLISING AND DISTRIBUTOR

Petikan muka belakang

Lautan mana tidak bergelora bumi mana tidak ditimpa hujan? Begitulah ibaratnya kehidupan Amira dan Bada. Kerukunan bahtera hidup mereka berdua mula bergoncang akibat beberapa faktor. Amira yang sabar, baik hati dan suka mengalah turut merasakan gegarannya. Akhirnya dia memendam  perasaan dan menganggap dirinya ibarat melukut di tepi gantang di mata Bada. Razlan yang sedai dulu menyimpan kasih padanya sentiasa member kekuatan dan membawa sinar ceris dalam hudupnya. Sementelah kenangn bersama arwah Bogatt tetap mekar malah tidak pernah mati.

Persoalannya apakah konflik yang mereka hadapi? Dapatkah Amira bertahan? Mampukah Amira menelan segala getir kehidupan? Apakah kesudahan cinta kasih Razlan yang tidak pernah surut buat Amira? Sesungguhnya ajal, maut, jodoh peetemuan di tangan Allah SWT. Manusia merancang Tuhan yang menentukan.






TAJUK: TIADA BATASAN SAYANG
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
PENERBIT: NB KARA

Petikan muka belakang

Sudah tidak ada air mata untuk ditangisi lagi. Sudah hilang segala duka nestapa. Perjalanan hidup ini walau penuh derita, harus diharungi. Pahit getir, suka duka tidak akan membataskan rasa sesama manusia.

Kasih sayang yang diberi tidak pernah dicurigai. Kerana gadis yang bernama Balkish itu percaya, satu masa dan satu ketika dia pasti dihargai…





TAJUK: YANG SEBENARNYA
PENULIS: AISYA SOFEA
PENERBIT: ALAF 21

Petikan muka belakang

Tidak semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat

Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah. Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Edde bahawa cinta akan datang lagi. Namun hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu…..cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa….lelaki itu seperti memusuhinya.

Semuanya harus dirungkaikan…Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarny, dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!





CATALOG







1) Tajuk: Air Mata Kasih
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM15.00
Harga Beli: RM11.00








2) Tajuk: Aku Milikmu
Penulis: Aleya Aneesa
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM15.00
Harga Beli: RM11.00

 





3) Tajuk: Apa Kata Hati
Penulis: Ebriza Aminnudin
Penerbit: Syarikat Fajar
Harga Jual: RM16.00
Harga Beli: RM12.00






4) Tajuk: Andai Semalam Ku Miliki
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara
Harga Jual: RM22.00
Harga Beli: RM17.00







5) Tajuk: Bagaikan Puteri
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20
Harga Beli: RM16.00







6) Tajuk: Badai Di Hati
Penulis: Fazie Hanna
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM17.00
Harga Beli: RM13.00







7) Tajuk: Bayu Asmara
Penulis: Ilani Mysara
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM18.00
Harga Beli: RM14.00









8) Tajuk: Biar Rindu Berlalu
Penulis: Syarifah Abu Salem
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00







9) Tajuk: Bicara Hati
Penulis: Damya Hanna
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM18.00
Harga Beli: RM14.00








10) Tajuk: Biarlah Rindu Ini Berguguran
Penulis: Azira Ahmad
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn Bhd.
Harga Jual: RM24.00
Harga Beli: RM19.00






11) Tajuk: Cinta Abadi
Penulis: Nasirah Abdul Rahman
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd.
Harga Jual: RM15.00
Harga Beli: RM11.00







12) Tajuk: Cinta Marissa
Penulis: Kreisya Reisya
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM12.00
Harga Beli: RM8.00






13) Tajuk: Cinta Tiada Akhirnya
Penulis: Fauziah Ashari
Penerbit: Intens Idea International Sdn. Bhd.
Harga Jual: RM23.00
Harga Beli: RM18.00







14) Tajuk: Dendam Yang Terlerai
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd.
Harga Jual: RM26.00
Harga Beli: RM21.00








15) Tajuk: Dewa Cintaku
Penulis: Dilla Hussien
Penerbit: Syarikat Fajar Publisher & Distributors
Harga Jual: RM28.00
Harga Beli: RM23.00







16) Tajuk: Dekat Di Hati
Penulis: Eyman Hykal
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM17.00
Harga Beli: RM13.00







17) Tajuk: Dia Lebih Mengerti
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM21.00
Harga Beli: RM16.00








18) Tajuk: Eh…Iye Ke Ni?
Penulis: Liana Afira Malik
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd.
Harga Jual: RM26.00
Harga Beli: RM21.00




19) Tajuk: Episod Cinta Belum Berakhir
Penulis: Habibah Rahmat
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd.
Harga Jual: RM14.00
Harga Beli: RM10.00






20) Tajuk: Erti Rindu Ini
Penulis: Zara Juita
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM18.00
Harga Beli: RM14.00






21 Tajuk: Gerimis Di Hati
Penulis: Syarifah Abu Salem
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM15.00
Harga Beli: RM11.00




22) Tajuk: Hanya Kerana Cinta
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd.
Harga Jual: RM23.00
Harga Beli: RM18.00








23) Tajuk: Hati Yang Luka                                                                                                                       
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara
Harga Jual: RM22.00
Harga Beli: RM17.00







24) Tajuk: Hijab Sang Pencinta  
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00







25) Tajuk: Impian Abadi
Penulis: Hasreeyati Ramli
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM14.00
Harga Beli: RM10.00







26) Tajuk: Izikan Kubahagia
Penulis: Leeya Myra
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM18.00
Harga Beli: RM14.00







27) Tajuk: Janjiku Bersamamu
Penulis: Aleya Aneesa
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00







28) Tajuk: Jika Benar Cinta
Penulis: Lynn Dayana
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM18.00
Harga Beli: RM14.00







29) Tajuk: Kasih Antara KIta
Penulis: Aleya Aneesa
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00







30) Tajuk: Kembalikan Cintaku
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM24.00
Harga Beli: RM19.00







31) Tajuk: Kiranya Ku Berbohong
Penulis: Maizura Mohd Ederis
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM16.00
Harga Beli: RM12.00









32) Tajuk: Kompilasi Memori
Penulis: Liana Afira Malik
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd.
Harga Jual: RM22.00
Harga Beli: RM17.00










33) Tajuk: Komplasi Bunga Cinta
Penulis: Salina Ibrahim
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd
Harga Jual: RM23.00
Harga Beli: RM18.00









34) Tajuk: Kompilasi Generasi Yang Hilang
Penulis: Abdul Rahim Awang
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd.
Harga Jual: RM24.00
Harga Beli: RM19.00








35) Tajuk: Kisah Satu Malam
Penulis: Ahadiat Akashah
Penerbit: Syarikat Fajar Publisher & Distributors
Harga Jual: RM32.00
Harga Beli: RM27.00









36) Tajuk: Ku Rindu Kau Yang Hilang
Penulis: Maizura Mohd Ederis
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd.
Harga Jual: RM16.00
Harga Beli: RM12.00









37) Tajuk: Kuutus Rindu
Penulis: Azilawati Mat Angsar
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd.
Harga Jual: RM16.00
Harga Beli: RM12.00











38) Tajuk: Lafazkan Cintamu
Penulis: Aida Adriani
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00










39) Tajuk: Mahligai
Penulis: Salina Ibrahim
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd
Harga Jual: RM17.00
Harga Beli: RM13.00









40) Tajuk: Melodi Kasih
Penulis: Hezzy Azra
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM18.00
Harga Beli: RM114.00








41) Tajuk: Nota Luka
Penulis: Sabariah Araur
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd.
Harga Jual: RM17.00
Harga Beli: RM13.00








42) Tajuk: Nota Cinta Buatmu
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM17.00
Harga Beli: RM13.00










43) Tajuk: Persinggahan
Penulis: NorhishamMustaffa
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn Bhd
Harga Jual: RM16.00
Harga Beli: RM12.00









44) Tajuk: Pilihan Terakhir
Penulis: Habibah Rahmat
Penerbit: CreatiF Enterprise Sdn. Bhd.
Harga Jual: RM15.00
Harga Beli: RM11.00


 





45) Tajuk: Rindu Cintaku
Penulis: Fauziah Ashari
Penerbit: Intens Idea International Sdn Bhd.
Harga Jual: RM24.00
Harga Beli: RM19.00









46) Tajuk: Rindu Di Kalbu
Penulis: Durrah Fatiha
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM17.00
Harga Beli: RM13.00








47) Tajuk: Sehangat Asmara
Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00


 





48) Tajuk: Seindah Memori
Penulis: Ilani Mysara
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM16.00
Harga Beli: RM12.00









49) Tajuk: Selagi Ada Dia
Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00







50) Tajuk: Selamat Tinggal sayang
Penulis: Ma Lee Chuswan
Penerbit: Creatif Enterprise sdn. Bhd.
Harga Jual: RM21.00
Harga Beli: RM16.00










51) Tajuk: Selaut Kasih
Penulis: Azilawati Mat Angsar
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM14.00
Harga Beli: RM10.00










52) Tajuk: Selendang Sutera
Penulis: Rosmini Shaari
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd
Harga Jual: RM16.00
Harga Beli: RM12.00










53) Tajuk: Senafas Rindu
Penulis: Damya Hanna
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00









54) Tajuk: Sebening Rindu
Penulis: Azhan Kamal
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM15.00
Harga Beli: RM11.00










55) Tajuk: Seribu Kali Sayang
Penulis: Anis Ayuni
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00
















56) Tajuk: Seteguh Cinta
Penulis: Durrah Fatiha
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00










57) Tajuk: Sinar Kasihmu
Penulis: Mohd Hizam Hj. Ali
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd
Harga Jual: RM16.00
Harga Beli: RM12.00










58) Tajuk: Suara Hati
Penulis: Anis Ayuni
Penerbit: Alaf 21             
Harga Jual: RM14.00
Harga Beli: RM10.00










59) Tajuk: Sukma Rindu
Penulis: Fariza Zuliana
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM13.00
Harga Beli: RM9.00

 









60) Tajuk: Suratan Kasih
Penulis: Durrah Fatiha
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00










61) Tajuk: Sebenarnya Cinta
Penulis: Izza Aripin
Penerbit: NHF Media
Harga Jual: RM14.00
Harga Beli: RM10.00










62) Tajuk: Tak Semanis Impian
Penulis: Sharifah Abu Salem
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00

 








63) Tajuk: Tangisan Bulan Madu
Penulis: Shamsiah Mohd Nor
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd
Harga Jual: RM12.00
Harga Beli: RM8.00







64) Tajuk: Ternyata Cinta
Penulis: Damya Hanna
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00







65) Tajuk: Tiada Batasan Sayang
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara
Harga Jual: RM22.00
Harga Beli: RM17.00









66) Tajuk: Tiada Lagi Mimpi
Penulis: Sharifah Abu Salem
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00

 






67) Tajuk: Titis-titis Gerimis
Penulis: Rozita Mohd Nor
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM15.00
Harga Beli: RM11.00

 





68) Tajuk: Tangisan Bulan Madu 2
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Penerbit: Diwangsa Publication & Distributors
Harga Jual: RM13.00
Harga Beli: RM9.00







69) Tajuk: Tangisan Bulan Madu 3
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Penerbit: Khalysa Publication & Distributors
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00







70) Tajuk: Tangisan Bulan Madu 4
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Penerbit: Khalysa Publication & Distributors
Harga Jual: RM22.00
Harga Beli: RM17.00





 

71) Tajuk: Cintamu Di Hatiku
Penulis: Aida Adriani
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM16.00
Harga Beli: RM12.00








72) Tajuk: Indahnya Kasih
Penulis: Kreisya Reisya
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM15.00
Harga Beli: RM11.00





73) Tajuk: Jendela Hati
Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM14.00
Harga Beli: RM10.00





74) Tajuk: Kasih yang Tercalar
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara
Harga Jual: RM21.00
Harga Beli: RM16.00








75) Tajuk: Lakaran Kasih
Penulis: laila Kamalia
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM14.00
Harga Beli: RM10.00






76) Tajuk: Noktah
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: creative Enterprise Sdn. Bhd.
Harga Jual: RM16.00
Harga Beli: RM12.00







77) Tajuk: Cinta Pertama
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00







78) Tajuk: Menanti Kasih
Penulis: Norzailina Nordin
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00







79) Tajuk: Ombak rindu
Penulis: Fauziah Ashari
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00








80) Tajuk: Aku Cinta Dia
Penulis: Sharifah Abu Salem
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00






81) Tajuk: Cinta Sang Ratu
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00







82) Tajuk: Ilham Hati
Penulis: Damya Hanna
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00







83) Tajuk: Yang sebenarnya
Penulis: Aisya sofea
Penerbit: Alaf 21
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00








84) Tajuk: Atas Nama Kasih
Penulis: Salina Ibrahim
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd.
Harga Jual: RM19.00
Harga Beli: RM15.00







85) Tajuk: Waja
Penulis: Lamia Aimal
Penerbit: Creatif Enterprise Sdn. Bhd
Harga Jual: RM20.00
Harga Beli: RM16.00


 

Shida Anwar Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates