Tuesday, January 18, 2011

Kelibat Vanidah, Rashidi di mahkamah cetus persoalan

Posted by Unknown at 10:56 AM
Rasa nak tercabut jantung bila member opisku bacakan tajuk hangat di surat khabar hari ni...huhuhuhuh...

Harap2nya pasangan kesayanganku ini tidak akan mengikut jejak pasangan sehati berdansa yg lain yg mengalami keruntuhan rumahtangga...amin..



KUALA LUMPUR: Kelibat pasangan juara program realiti Sehati Berdansa musim pertama Vanidah Imran, 38, dan suaminya, Rashidi Ishak, 38, yang tiba-tiba muncul di Mahkamah Syariah di sini, menimbulkan tanda tanya orang awam dan media yang berada di mahkamah, semalam.

Pasangan artis itu yang turut ditemani seorang wanita tiba di mahkamah pada kira-kira jam 12.45 tengah hari dilihat terus memasuki kaunter pendaftaran kebiasaannya bertujuan untuk memfailkan kes berkaitan hal kekeluargaan seperti perceraian, tuntutan nafkah dan jenayah. Selepas hampir 15 minit berada di dalam, pasangan itu bersama wanita terbabit dilihat keluar dari kaunter berkenaan.


Bagaimanapun usaha mendapat komen daripada pasangan selebriti itu gagal apabila Rashidi atau lebih dikenali dengan nama Shidi yang berkemeja putih kelihatan terkejut dan berang gambarnya diambil.

Dia bersama isterinya Vanidah yang berpakaian serba hitam dan berkaca mata hitam dilihat meninggalkan mahkamah sambil berpegangan tangan.


Bagaimanapun, difahamkan kehadiran pasangan itu bertujuan menemani saudara mereka yang mempunyai urusan di kaunter berkenaan.....................


Bacaan lanjut... kredit to MyMetro


4 comments:

So Shy Lady on January 18, 2011 at 5:14 PM said...

ahaks....buat suspen jer...mntang2 la dorang tu pserta shati bdansa heheh

shida anwar on January 18, 2011 at 6:40 PM said...

tu ar pasal...takut gak terkena badi...opsss...terkujat memula dengar..

Cik Anita on January 19, 2011 at 4:22 PM said...

alahai...
tak tahulah tu gimik ke apa. Harap-harap jangan lah sampai kena badi cerai sehati berdansa tu!

shida anwar on January 19, 2011 at 5:39 PM said...

@Anitadahahs
betul 3x...

 

Shida Anwar Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates