Monday, January 17, 2011

nak murah rezeki...

Posted by Unknown at 11:01 AM 2 comments
Dapat email dari seorang kawan yg memang x lupa share email yg dia dapat (yang baik je tau) dengan kawan2 yg lain...tersentuh rasa hati dan rasa nak share juga ngan korang semua


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka

buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah


p/s-redho dari mak n abah yg buat kita semua akan lebih dirahmati...

Ya Allah Ya Rohman..panjangkanlah umur mak dan abah...berikanlah kesihatan yg baik kepada mereka berdua untuk terus beribadah kepada MU...ya Allah ya Rohim permudahkanlah segala urusan mak dan abah...sesungguhnya aku amat menyayabgi mereka berdua...amin Ya Allah..



Saturday, January 15, 2011

minyak habis?

Posted by Unknown at 10:27 AM 0 comments
salam semua...

bukan nak cerita pasal minyak masak yg dok heboh diperkatakan habis dipasaran just nak kongsi something terutama women rider cam aku nih...

kalaulah tetiba korang nyer meter minyak tetiba dok kat tengah2 walhal korg tak isi minyak pun tolonglah jenguk-jenguk kat tangki dia yek..kes jadi kat aku ingatkan en. hubby tolong isi minyak (tak tanya kat dia pun...padan muka aku...hihi) bila tgk meter minyak tetiba dah naik jadi half....dlm hati ucap thanks jer (lain kali ucap je terima kasih kalau rs ada apa2 dia buat...lagi sekali padan muka)...


kredit gambar

tetiba semlm masa balik keje enjin semput-semput...alahai janganlah wat hal...yg luckynya mati enjin betul2 depan workshop motor..bila apek "pomen" tu tanya nape minyak habis ke?...dengan confident aku jawap tak lah minyak ada half lagi tgk kat meter...

oleh kerana dah banyak pengalaman layan women rider cam aku apek tu selamba jenguk kat tangki..."wala wei..kakak minyak sudah kering...ini meter sudah stop bateri sudah kong"...

muka terus tukar kaler...hijau....biru...kuning...malu siot...tu ar lain kali bawak-bawaklah ambil tahu pasal motor gak janganlah dok harap kat hubby je...sampai benda basic cam minyak habis pun x tau...tapi sungguh sepanjang berkecimpung dengan dunia permotoran dah 18 tahun ni mana aku tau kalau bateri kong meter mati terus jarum dia dok kat tengah2 mcm minyak ada half lagi...korang tau ke?


berangan nak bawa motor besar cam ni...kredit gambar


p/s:-moral of d story
1-jangan lupa ucap terima kasih walau korg x pasti betul ke dak org tu yg tolong.. (kalau aku ucap terima kasih kat hubby walhal dia x isikan minyak mesti aku dah tau meter minyak tu rosak pasal en. hubby mesti terpinga2 kalau aku ucap thanks kan...huhuhu)

2-ambil tahulah some part of motor cam tukar tayar terutama women rider...tak kanlah nak tercongok jer tunggu org benti tolong betulkan..kalau org baik yg benti ok gak..kalau org jahat...Nauzubillah...

3-bawak2lah duit lebih sikit...kalau g keje takut apa2 jadi...tapi jangan banyak sangat bahaya kalau naik motor...(smlm utang kat apek "pomen" 50sen..tp dia ckp xpelah kasi discount minyak kat u...alahai...tq apek...)



Friday, January 14, 2011

giler coklat

Posted by Unknown at 3:51 PM 1 comments
aku dah jatuh cinta
dengan coklat...


dari dulu lagi sebenarnya... sampai ada satu masa di zaman persekolah curi2 makan waktu cikgu ngajar bersama kawan2...giler...



dalam proses membaca dan terus membaca...menengok dan terus menjenguk...antara blog pilihan (cam en. BA plak ada blog pilihan...kau pikir kau siapa ha?...)

www.homechoc.com
www.semaniz-chocolate.blogspot.com


p/s:- aku masih belajar...tapi belum pandai2...kalau aku dah pandai korg nak order tak?

Sunday, January 2, 2011

aku di sembelih doktor

Posted by Unknown at 7:17 PM 19 comments
dah dekat 3 minggu baru nak donload...

13-18 hb December 2010...@ Hospital Putrajaya
Right parathyroidectomy with right hemithyroidectomy



hmmmmm......




hhhmmmmmmmmm...



hadiah dari my beloved cousin...tq kak ina..




ceria walau dah xder sore...



hasilnya....



bubur je dulu ye...



diet ku...(SD=soft diet...sehari jer pas operate soknya minta yg keras2 nyer makanan)



darah yang mengalir keluar...



crew bius nyer pasal...tangan x dapat kat kakipun ok gak...



cucuk dan cucuk lagi...(kalau perasan ada tanda hitam kat kulit...tu yg dah di cucuk sebelum ni...dah bocor...masuk ubat tapi keluar)...



masuk air gak beb...


sekian persembahan ku....harap2 inilah kali terakhir aku masuk wad....amin Ya Allah...



p/s-blog ni dah jadi caca marba....xpe...ini pun antara koleksi shida gak...


Selangkah ke umur yang baru

Posted by Unknown at 2:00 PM 0 comments




02/01/1980 itu yang tercatat dalam surat beranakku...

Ya Allah semoga bertambahnya umurku ini maka akan semakin matanglah diriku ini untuk menghadapi segala yang telah di tentukan di hadapan ku..semoga aku akan menjadi seorang ibu yang sentiasa sabar dalam mengawal kerenah anak2ku...menjadi seorang isteri yg cuba memahami segalanya..seorang anak yg tidak lupa jasa org tuanya...seorang adik/kakak yg cuba ada di saat diperlukan adik beradiknya..seorang kawan yg setia...seorang hamba yang taat suruhan-NYA..

Terima kasih bonda ku Hajah Rokiah Haji Saidon kerana sentiasa ada di sampingku dalam menghadapi susah senangku selam 31 tahun ini...sampai mati akan ku kenang pengorbananmu mak...seorang yang amat memahami dan cuba untuk sentiasa memahami diri ini...

Abah..terima kasih atas segala titik peluhmu yang tumpah untuk anak perempuanmu yang satu2 ini...tiada kata yg dapat diucapkan atas segala pengorbananmu itu..abah...



Friday, December 31, 2010

selamat tinggal 2010

Posted by Unknown at 6:54 PM 2 comments
Pada masa catatan ini dibuat ada lebih kurang 5 jam untuk melangkah ke tahun 2011...perasaan di hati bercampur gaul...sedih... sebak...gembira...semua ada..tapi perasaan sebak lebih menguasai diri...bagi yang mengenali dan sentiasa ada di samping ku terutama keluarga dan rakan ribuan terima kasih di atas semangat yg kalian berikan...

setelah melakukan operation buat kali pertama pada 15 February 2008 sewaktu usia si kecil lebih kurang 4 bulan di dalam kandungan...dugaan sekali melanda bila ujian darah yang dibuat positif penyakit itu menyerang kembali...Ya Allah dugaan apa lagi yang kau berikan kepada hamba Mu ini...tapi aku kena tabah dan kuat demi anak2ku...

Dengan diiringi doa keluarga dan sahabat handai selamat sudah segalanya...

Doa dan harapan semoga 2011 menjanjikan sesuatu yang lebih membahagiakan...Ya Allah....amin....




Friday, December 24, 2010

saya dah selamat.....

Posted by Unknown at 9:51 PM 2 comments
dah kuar spital tp malas nak donload gambar yg just beberapa keping...

dah sihat?...mana leh sihat terus amik masa sikit nak back to normal hormon ni....harap2 sihat teruslah...ingat best ker dok spital..huhu..

otak still zero walau dah out spital seminggu...xde idea nak nulis skang just tekan2 campur ngarut2..nak bg info kat kengkawan saya dah kuar spital...operation berjaya...huyey...result..doctor ckp if org kat makmal tu x layan 'muka buku' (facebook) lebih2 so x sampai sebulan dapatlah..

kepada yang mendoakan tuk saya tima kasih semua...

p/s-bila saya dah rajin saya donload gambar leher saya yg kena sembelih ngan doctor tu yek...tata..


 

Shida Anwar Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates