Saturday, June 4, 2011

esok..akan bertemu dengan mereka-mereka...

Posted by Unknown at 10:30 PM 2 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah merancang dalam beberapa bulan ni esok akan sampai juga masanya...Reunion Bekas Pelajar 1993-1997 SMKF Besout...

walau ada ramai kawan2 yg katanya tak dapat hadir sebab ada komitmen dan event lain al-maklumlah cuti sekolah tapi tak mengapalah..harap2 segelintir yang hadir dapt mengubat rindu yang dah lama terpendam..cewah..

doa dan harapan semoga semuanya berjalan lancar...

p/s-janji nak buat jelly kelapa ... dah siap pun..tinggal bawa je esok..



Saturday, May 21, 2011

kau pergi jua..

Posted by Unknown at 9:07 AM 1 comments
Assalamualikum...

kehilangan...

itu yang aku rasa sekarang...akhirnya semalam Jumaat-20/05/2011 dalam lingkungan jam 12.00-1.30 akhirnya Ucu Lias pergi juga menghadap YANG MAHA ESA. Setelah berkampung di hospital (lihat sini) selepas membuat pembedahan potong kaki akibat diabetis lebih kurang dua bulan. Tiga kali keluar masuk ICU baru seminggu UCU balik rumah akhirnya sampai juga masanya.

Malam tadi kesedihan cuba dibendung mungkin untuk memberi kekuatan kepada UCU Yang (wife ucu) dan Mira (anak UCU) yang telah banyak berkorban menjaga arwah sepanjang di hospital. Air mata sedaya mungkin dibendung

UCU..suatu waktu dahulu inilah anak buah yang sering mengekorimu, arwah opah dan arwah tok..setelah dewasa mungkin ada jurang tapi momen itu sering dalam ingatan..

p/s-dah berapa hari hilang selera makan tanpa sebab sampai ditegur rakan sekerja..rupanya hati ini akan menerima berita...AL-FATIHAH untuk ucu Lias semoga rohnya dicucuri rahmat



Saturday, May 14, 2011

ubat batuk

Posted by Unknown at 8:41 PM 2 comments
tempat:dalam kereta on d way gi jalan2....
situasi:anak batuk2..

mak:balik rumah nanti ibu bagi mamat makan ubat batuk ye..
anak:x naklah ubat batuk
mak:kenapa?...kan mamat batuk..
anak:mamak nak makan ubat sihat..kalau makan ubat batuk nanti lagi banyak batuk tu..
mak:la...oklah kita makan ubat jangan bagi batuk..
anak:kalau ubat tu mamat nak makan..nanti boleh sihat tak batuk lagi..

p/s-perkataan biasa pada kita tapi lain maksudnya yang diterima oleh anak-anak..hati2 bila berkata-kata takut lain maksud yang mereka terima..

Monday, April 25, 2011

choc for order (2)

Posted by Unknown at 3:20 PM 1 comments
Assalamualikum dan salam sejahtera..

raya dah nak dekat marilah mula menempah ye..


1 set:RM2.50
2 pcs choc mint inti peanut butter
1 pc corn flakes gumpal
1 pc crunchy gumpal
min order 30 set
(tidak termasuk pos)

1pc: RM0.80 - RM1.00 (bergantung bentuk coklat)
min order 30pcs
(tidak termasuk pos)









nak tengok lagi klik kat sini ye



Thursday, April 21, 2011

Door gift,hadiah hari jadi,hadiah suka2..

Posted by Unknown at 7:00 PM 0 comments
Assalamualaikum semua...

Koleksi Shida dengan produk terbaru..... SOLEHA PERFUME

minyak wangi yang mengandungi 100%
pati minyak wangi TANPA ALHOKOL

amat sesuai untuk dijadikan hadiah wangian kepada yang tersayang,
juga sesuai untuk dijadikan door gift kepada yang akan melangsungkan perkahwinan atau sebarang event
kepada pelajar2 yang mahu menjual di hari terbuka kolej/sekolah/universiti anda
jangan lepaskan peluang



Hanna Gift Set:
Kandungan Set
  • 1 botol Haruman Hanna 3ml
  • 1 kad ucapan
  • 1 Bekas Hiasan
  • Harga:RM10.00 (tidak termasuk pos)

Rania Gift Set:
Kandungan Set
  • 1 botol Haruman Rania 3ml
  • 1 kad ucapan
  • 1 Bekas Hiasan
  • Harga:RM10.00 (tidak termasuk pos)

Mayra Gift Set:
Kandungan Set
  • 1 botol Haruman Mayra 3ml
  • 1 kad ucapan
  • 1 Bekas Hiasan
  • Harga:RM10.00 (tidak termasuk pos)

Ellese Gift Set:
Kandungan Set
  • 1 botol Haruman Ellese 3ml
  • 1 kad ucapan
  • 1 Bekas Hiasan
  • Harga:RM10.00 (tidak termasuk pos)

pembelian dengan jumlah yang banyak akan mendapat harga borong yang berpatutan




Tuesday, April 12, 2011

mak ikut ye pergi angkasa...

Posted by Unknown at 11:45 AM 2 comments
Di suatu malam yang tak berapa nak sunyi..

Anak: mak... bila mamat besar nanti mamat tak jadilah nak jadi ultraman (cita2 sebelum ni)

Mak: kenapa.. kata best jadi ultraman?

Anak: mamat nak jadi astronaut (angkasawan) lah..

Mak: (berasa teramat bangga...wah anakku..)

Anak: nanti mak ikut mamat pergi naik angkasa ye..

Mak: (bertambah banggalah lagi sbb anaknya ingat kat mak)..kenapa mamat nak bawak mak pergi angkasa?

Anak: sebab mamat tak tahu jalan nak balik..takut sesat..

Mak: terpinga-pinga...aduhai anakku..

p/s-lepas tu si emak tergelak terbahak-bahak menambahkan ketidak sunyian malam itu..hmmm.

Friday, April 8, 2011

pepagi Jumaat yg havoc...

Posted by Unknown at 2:00 PM 3 comments
Allahhuakbar..pepagi lagi masa pg kerja nampak sorg penunggang motosikal (pompuan) dah tergolek kat satu round board di langgar dek sebuah kereta..nasiblah masa tu kenderaan banyak so masing2 mmg bawak slow..jadinya pompuan tu x lah teruk may b motor dia je calar2 sikit..tak tolong ke?..bukan x nak masa aku melintas tu (pun naik moto) kenderaan banyak so x leh berhenti kat tengah2.dah lepas sikit toleh belakang tgk dia tengah cekak pinggang kat org dlm keta yg langgar dia tu..marah kot dia sbb kalau tgk keadaan mmg salah kereta tu..

sampai kat opis terus sarapan walau loceng dah bunyi..lapar x kiralah nak makan dulu..buka pc x sampai 5 minit tgk skype berkelip-kelip

"almost 300 drawing in server missing"

huwaaaa...rasa nak tergolek dog...biar betik?..aduhai hilang..banyak giler..sapelah yg buat dajal ni..Ya Allah..sunngguhlah kecoh sungguh di pagi hari pasal drawing kat server hilang..system plak dah jadi error...huhuhu..PIC plak emergency leave..maknanya terpaksalah semua2 drawing di recall..satu kerja pulak..tak kira pas ni nak block file tu..lantaklah..dah x percaya kat yg lelain...yg jadi mangsa admin juga..nasib ada org baru (baru tukar department) yg boleh di suruh buat..ngeh..ngeh..ngeh..kecoh..kecoh..

p/s:-nasib tak ada sakit jantung kalau tak...hmmm...

 

Shida Anwar Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates