Showing posts with label alahai anak. Show all posts
Showing posts with label alahai anak. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

wordless wednesday-#3

Posted by Unknown at 11:29 AM 12 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

dan lama tak joint WW..jom jenguk2..






p/s-aktif sungguh anakku dan anak buahku..


Saturday, May 14, 2011

ubat batuk

Posted by Unknown at 8:41 PM 2 comments
tempat:dalam kereta on d way gi jalan2....
situasi:anak batuk2..

mak:balik rumah nanti ibu bagi mamat makan ubat batuk ye..
anak:x naklah ubat batuk
mak:kenapa?...kan mamat batuk..
anak:mamak nak makan ubat sihat..kalau makan ubat batuk nanti lagi banyak batuk tu..
mak:la...oklah kita makan ubat jangan bagi batuk..
anak:kalau ubat tu mamat nak makan..nanti boleh sihat tak batuk lagi..

p/s-perkataan biasa pada kita tapi lain maksudnya yang diterima oleh anak-anak..hati2 bila berkata-kata takut lain maksud yang mereka terima..

Tuesday, April 12, 2011

mak ikut ye pergi angkasa...

Posted by Unknown at 11:45 AM 2 comments
Di suatu malam yang tak berapa nak sunyi..

Anak: mak... bila mamat besar nanti mamat tak jadilah nak jadi ultraman (cita2 sebelum ni)

Mak: kenapa.. kata best jadi ultraman?

Anak: mamat nak jadi astronaut (angkasawan) lah..

Mak: (berasa teramat bangga...wah anakku..)

Anak: nanti mak ikut mamat pergi naik angkasa ye..

Mak: (bertambah banggalah lagi sbb anaknya ingat kat mak)..kenapa mamat nak bawak mak pergi angkasa?

Anak: sebab mamat tak tahu jalan nak balik..takut sesat..

Mak: terpinga-pinga...aduhai anakku..

p/s-lepas tu si emak tergelak terbahak-bahak menambahkan ketidak sunyian malam itu..hmmm.

Saturday, March 5, 2011

Pengorbanan ibu..

Posted by Unknown at 9:48 PM 3 comments
Salam,

Dah lama migrain tak attack aku..kalau peningpun ala manja2 gitu..bila dah kena serang segala benda tak boleh buat..yang lagi sadis bila si kecik turut demam...tapi sakit macam manapun bila anak sakit kita tetap akan layan si anak..

dah lah perangai si dua beradik ni kalau demam memang tak mau ngan en.hubby..nak tak nak dengan terhoyong hayang layan jugalah permintaan si anak..itulah ibu kalau ngan anak laratkan juga..okislah ye..nak sambung lelapkan mata..x laratlah harap esok pagi oklah sakit ni..nasib minggu ni sabtu bercuti..kalau tak confirm mc punyalah..

p/s:-cuba practis short entry..at least sekali sehari...boleh ke?..kalau malas melanda ada idea pun tak guna..shida..shida..

Tuesday, February 15, 2011

sambutan maulidul rasul-taman setia, jalan johan setia, klang

Posted by Unknown at 5:49 PM 4 comments
Alhamdulillah hari ni berpeluang juga aku ikut serta dalam perarakan sempena sambutan Maulidul Rsul 1432H anjuran surau Al-Ikhwan taman perumahan aku..dah 7 tahun kerja baru tahun ni company tercinta bagi cuti... tak lepas peluang joint punyalah..

yang lagi best tahun ni lorong akulah paling ramai hantar peserta..berganda-ganda bestnya bila tersenarai dalam lima lorong terbaik antara berbelas lorong yang bertanding...huyeyyyy..walau tempat ke-5 tetap memberikan kegembiraan kepada setiap ahli lorong yang ambil bahagian..

upacara melepas burung sebagai simbolik Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. membawa umat Islam ke arah kebaikan...(eh...mana burungnya yang nampak reben2 terbang je...haha)

piala kemenangan

penyeri lorong..lorong kitorang je tau yang sanggup tolak keta sorong bawak anak kecik...semangat untuk meraikan Junjungan Mulia..

adik-Nur Khairunnisa

abang-Muhammad Khairil

sebahagian ahli lorong Setia 2D


Selawat dan salam ke atas JunJungan Mulia Nbi Muhammad S.A.W..kami umatmu amat merinduimu..


Sunday, February 6, 2011

wadai kepeng-pencuci mulut orang banjar..

Posted by Unknown at 8:17 PM 0 comments
atas permintaan adik bongsu ku...cuti raya cina tadi mak buatkan wadai kepeng tuk kitorang...wallah lama tak makan tapi yang penat nak menggentel tepung tu lah..wadai kepeng ni makanan orang banjar..abah aku orang banjar maka mak aku walaupun bukan orang banjar tapi dah kategori expert buat kuih ni...

kuih ni manis tak elok tuk orang yang ada kencing manis..so bagilah kat sesapa yang tak de penyakit tu je yang makan...ahaks..di sebabkan lupa nak amik resepi kat mak sebelum balik maka korang tengok gambar je lah dulu ye..lain kali aku masukkan resepinya..tepungnya dibuat dari tepung pulut..syrupnya dari gula merah + gula + santan..dah jadi pencuci mulut yang sedap...


penguli tepung yang berjaya


maaf dik tak memenuhi quality control..opah nak bulat2..bukan panjang2..


yang ni pula orang suruh uli tepung dia pegi masukkan dalam bekas mainan..alahai anak aku..


tepung yang dah digentel


rupa bentuk yang dah siap


sedap weh...

p/s:-adik-beradik lain sory ye..kalau nak nak balik kampung nanti buatlah permintaan makanan kat mak..tak der post2..k...

Monday, October 18, 2010

Bila anak daraku main kereta control…

Posted by Unknown at 4:07 PM 0 comments





Sabtu lepas 16/10/10 mr hubby belikan kereta control untuk anak sulong (yang untuk kesekian kalinya dah x terkira berapa banyak dah jahanam)…dengan hepi dan xcited dia main sampai x perasan si adik dah tergolek2 kat lantai nak main gak keta tu…tapi si abang buat “dunno “ je…saya dan suami dah mcm nak pekak telinga dengar si adik menangis + memekik…suara teramatlah nyaring kalah Ning Baizura…..saya dan mr hubby sehabis idea memujuk kedua2nya berkongsi…x makan saman sungguh adik ngan abang ni..
Akhirnya terpaksalah mr hubby pg kedai beli lagi satu keta control untuk si adik…nak bg si adik diam saya pujuk si abang ikut mr hubby tp kn tinngalkan keta kat umah…pujuk punya pujuk abang setuju ikut dengan syarat saya simpankan keta dia jangan bg adik…saya iakan saja…elok je mr hubby dan si abang pegi saya terus bagi si adik keta control abang…terus senyap sunyi rumah tiada lg suara soprano yg keluar dr mulut adik…
aduhai anak perempuanku bg anak patung dia jeling2 jer..kalau mainpun x sampai 5 minit…permainan budak lelaki gak yang dia nak…ikut perangai sapelah adik ni…salah ibu mengandung ker? Ialah kot…dalam hati itulah padahnya kalau kecik2 perangai mcm lelaki…bayangkan setakat guli, daun terup kecik2 tu pejam mata jer saya main..apa saja permainan lelaki yg saya x main masa kecik2 (ada gak yg x main mcm cr burung x kose nak ikut) ....panjak pokok semua joint…sian mak ngan abah pening memikirkan perangai anak perempuannya sorg ni…sekarang giliran saya pula….nak ckp apa lagi…tak pe lah dik…ibu tau bila dah besar nnt adik akan jadi seorg wanita yg lemah lembut punyalah mcm ibu…






P/s:lemah lembut ker ibu adik ni?????



Thursday, September 30, 2010

demam

Posted by Unknown at 1:00 PM 2 comments
dua malam lepas saya demam..badan sakit,berbisa rasa sendi2...nak bangun pun x larat anak yg kecik dtg baring kat sebelah nak selimut gak sama2 saya.tak lama pas tu si sulong plak datang..."mak nape?,demam ye..." bertanya sambil betulkan selimut saya..

nak kena rehat ni...dah makan ubat ker..dia tanya lagi...saya angguk jer tak larat nak jawab...sambil peluk saya dia sambung mak kena minum air banyak2..makan nasik yer..nnt barulah sihat...saya geleng jer xnak..

mana boleh tak makan nnt sakit perut nnt susah nak sihat...aduhai anak rs nak sembuh demam masa tu gak...saya teringat semua tu saya buat dan tanya masa dia demam...dia ingat apa yg saya buat pada dia...sejuk rasa hati...si adik dr td angguk jer..mcmlah faham apa yg si abang ckp...mcm tu lah anak2 kalau kita jaga dan layan diorg baik2 mcm tu gak dorg akan layan kita balik...

mlm esoknya saya kuatkan gak teman dorg walau x berapa nak ok...layan tgk tv..layan bersembang...sian smlm x layan dorg dahlah siang ibunya bz women mlm j ngan dorg

 

Shida Anwar Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates