Wednesday, March 2, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

Posted by Unknown at 9:50 PM


salam semua Bro Ben buat segmen lagi..bercerita pasal kematian..jenguk sini ye..

Ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Sepanjang 31 tahun hidup di muka bumi Tuhan ini pelbagai jenis kematian yang pernah aku lihat, sakit tua, kemalangan, HIV, mati masa dalam perut ibu..pedih, perit,teringat,termimpi semuanya terpaksa kita hadapi.

Detik berlalu bukan bermakna kita akan terus melupakan mereka yang telah tiada..kenangan abadi terpahat di minda.Pergi tak kembali...itulah kematian...sebelum itu Al-fatihah buatmu sahabat..12 February yang lalu genap setahun pemergianmu..

Pemergian yang membuatkan bukan hanya aku tapi semua ahli keluarga dan kawan-kawan malah sesiapa saja yg pernah mengenalimu pasti merasai kehilangan...4 bulan engkau menyepi..tiada panggilan,tiada jawapan telefon,tiada mesej juga "status" di muka buku rupanya itu adalah saat2 kau bertarung dengan sakit yg kau juga baru ketahui...itupun hanya aku tahu selepas beberapa kali aku menghantar post di wall muka buku mu setelah melihat bertalu2 kata semangat ditulis oleh kawan2 di wallmu..seorg hamba Allah (teman rapat juga officematemu) telah menghantar mesej di peti mukabuku ku..sampai hati kau tidak berterus terang..kitakan kawan rapat..tapi setelah di beritahu kedudukan sebenar kau hanya mahu berjumpa ahli keluarga sahaja..aku redho..doa tulus ku pohon dari jauh..aku sampaikan berita kepada rakan seperguruan kita yg lain semua melahirkan rasa terkejut....

12 february 2010 selepas detik 12 malam aku menerima mesej dari officematemu mengatakan dirimu telah menghembuskan nafas terakhir...terasa seperti detik masa terhenti seketika..terus beritahu en hubby..dengan air mata yg mengalir aku sampaikan berita kepada rakan2 yg lain...pergi sudah seorg sahabat sejati..yg selalu mendengar cerita hati ini, meminjamkan telinga di saat aku memerlukan, yg x pernah lokek berkongsi pandangan..yang pernah menjadi sebahagian antara teman seperjuangan..kau yang pernah...

sejam berlalu...mata x dapat dilelapkan mesej demi mesej diterima... berkongsi kesedihan..berkongsi kehilangan..tiba2 satu mesej yg memeranjatkan diterima..beliau belum pergi hanya nafas terhenti..adik beradik diminta pulang segera...Ya Allah berilah kesempatan untuk beliau terus bernafas..kering terus air mata..

namun Allah lebih menyayangi..Jumaat penghulu segala hari dia tetap diambil pergi...telah tersurat di sana..maka sekali lagi kami sahabat2mu mengalirkan air mata...pergi kali ini amat pasti...pergilah dikau sahabat..pergilah dengan tenang...yang pasti ramai akan mendoakan dirimu di sana...kerna nasihatmu..gelak tawamu..tiap pertolongan mu akan sentiasa di kenang semua keluarga..kenalan..sahabat2mu..

arwah memang disenangi semua orang di sekelilingnya...anak yang baik...selagi terdaya akan menolong kepada yang memerlukan..tapi arwah memang menjaga batas2 pergaulan..benarlah seperti kata orang..orang yang baik memang di sayangi Tuhan..kerna itu di panggil cepat..

ps:-Alhamdulillah aku dah jumpa seorg lagi teman rapat aku dan arwah di muka buku....semasa hayat aku dan arwah memang mencari teman ini kerana telah terputus hubungan..walau arwah sudah tiada aku tetap bersyukur kerana hajat arwah dapat aku tunaikan walau sudah tidak bertiga tapi dalam ingatan kami tetap bersama..

1 comments:

mas saari on March 3, 2011 at 9:59 AM said...

singgah utk baca kisah sedih awk
jom follow2 jugak..

 

Shida Anwar Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Blogger Blog Templates