Monday, January 31, 2011
Sunday, January 30, 2011
Frust...
sepatutnya ada dua pusingan cabutan bertuah..yg mana pusingan pertama semua staff akan dapat sorang satu hadiah yg dah di supply oleh supplier company kitorang..pusingan kedua berupa duit yg disediakan oleh boss kitorang..bernilai RM1000.00, RM500.00 dan RM300.00 so semua org berkebarangkalian dapat 2 hadiah..(satu hadiah satu duit)..tapi dek kerana staff baru yg conduct dan ada yg pandai sangat tak bertanya pada org2 lama makanya dorg dah masukkan sekali hadiah duit tu dlm cabuatn bertuah yg pertama..tak ada second round....frustnya ktorg...
yang buat aku dan member lama makin frust (lebih pada kecil hati)..bila adalah mulut hamba Allah tu cakap "korang tak bagitau apa2 pun...dahlah korang tak nak conduct dinner"...Allahhu Akhbar...seingat aku tak pernah langsung si polan ni bertanya apa-apa pasal hadiah dan perjalanan dinner yg sebelum-sebelum ni "tak" pernah juga si polan ni ajak joint conduct dinner (bukanlah nak suruh dorg pilih sebab tahun ni memang busy ngan companya project) tp at least tanyalah kat kita orang yg dah pernah conduct sebelum ni dan respectlah sikit bila berkata-kata dahlah masa dinner tu main arah-arah orang je ngan suara dan cara yang pada aku agak tak sesuai di majlis yg orang nak hepi-hepi...isyyy...mentang-mentanglah jawatan kau tu tinggi tapi tak salah respect each others and tak salah bertanya..bukan ke malu bertanya sesat jalan..
aku dapat apa malam tadi?.hihihi...dapat iron jer....tapi oklah gak kan dari tak dapat apa2...gambar2 next timelah donload...sok baru nak kumpul ngan bebudak lain..almaklumlah enset skang canggih..manggih dengan cameranya..memasing nak amik gambar sendiri..aku? amik 2,3 keping jer...sok baru ambik dari diorang..
Saturday, January 29, 2011
nak pakai baju apa?
pepagi dah dengar soalan dr bebudak opis ni pasal nak pakai baju apa malam ni (rujuk sini)..ahaks...dalam hatiku xde lah nak pakai vogue2..bagai..aku kan selalu simple mimple..
x pernah lagi aku pakai baju menghelip..ghelip ke semata2 nak pg annual dinner company..sbbnya company aku ni dinner simple jer..xder lah cam company korg2 yg ada tema2... nak cari lady of d night k...selalunya aku pakai baju kurung/kebaya je yg aku tak pernah pakai masa dtg kijer..mesti korang cakap "hah baju kurung je?:...ya betul baju kurung jer..cuma adalah 2 kali dlm 7 tahun aku kijer kat sini aku pakai baju moden yg agak labuh sbb aku pegnen ngan baju blous ngan kain pario...2 kali dlm 7 tahun..haks..haks..
tahun ni aku nak pakai simple mimple jer..pakai suar ngann blous tudung je kot lain sikit...ahaks..kalau budak opisku baca n3 ni mesti dia gelak golek2...tak per kita tunggu jer malam ni..
p/s-Selamat Hari Jadi yang ke-5 anak ibu Muhammmad Khairil bin Muhammad Iqbal..ibu ada beli kek gambar upin ipin tuk abang..
Friday, January 28, 2011
blog list Ben Ashaari?-hari ini dalam sejarah
termasuk yang ini dah ada 3 n3 aku tulis hari ni..hahahaha..(gelak lagi..ada yg kena sepak ni kang..)...selalunya 3,4,5,6 hari sekali..bukannya apa aku rasa macam bulan jatuh ke riba plak bila tengok blog list terbaru en. Ben "Koleksi Shida" tersenarai gak...huyey...huyey...sungguh aku rasa terharu campur teruja sangat2lah...
malu pun ada bila blog kerdil ini terpilih sama bila aku antar ni (jenguk sini)..terima kasih banyak2 en.Ben..rasa x cukup sepuloh jari tangan kaki rasa nak pinjam tangan jiran tetangga nak ucapkan terima kasih..aku tau niat en. Ben..nak tolong blogger baru cam aku ni...Insya Allah ini semua aku jadikan semangat untuk aku terus berkarya (poyo...) dan berniaga..
semangat...semangat...benda pertama dalam otak aku nak amik kesempatan ini tuk mencuri perhatian blogger2 dan pembaca novel..serta peminat coklat..wah coti raya cina ni walau 4 hari je akan kugunakan dengan sebaik mungkin untuk menjalan misi ni..
terima kasih en. Ben..
baca doa banyak2..
dari dtg keje naik motor, pas tu up sikit naik keta pastu down balik naik moto) sbb en. hubby kijer kena pakai keta..so aku terpaksa berkorban)...wah banyak sungguh peluh menitis di sini..tak kurang air mata yang mengalir..dari bujang sampai dah sepasang dah buah hati pengarang jantungku..
seperti selalu bila company dinner jer mesti ada grand prize berupa wang ringgit (sungguh mata duitan) selain lucky draw berupa hadiah yg di supply oleh supplier...aku dah aim hadiah...ada tv beb..kecik jer incinya tapi tak kira..dapat jer aku nak jual kat kedai amik yg besor sikit..tv kat umah tupun dah patut di tukar..kejap celik..kejap malap
so malam ni kenalah aku doa lebih2 sikit minta murah rezeki..untung2 dapat tv..takpun dapat grand prize RM1000 dengornya...huyey..
p/s:-berdoalah kamu dengan sesungguh hati dan seikhlasnya kepada yang Maha ESA
kau yang pernah...
mengisi ruang persahabatan kita
kau yg pernah..mengisi..
ruang sepi antara jadual kuliahku
kau yang pernah…berkejar..
berkongsi nota kuliahmu
kau yang pernah..sanggup…
menemani gerak langkah kaki
kau yang pernah…setia…
mendengar celoteh bait kata
kau yang pernah..bersedih…
melihat air mata ini mengalir
kau yang pernah…berkongsi..
pendapat buah fikiranmu
kau yang pernah ..muncul
lewat Istikharah ku..
namun satu yang kau tak pernah…memberitahu…
sesuatu yg tersirat jauh….
Di sudut kamar hatimu..
Thursday, January 27, 2011
BEN ASHAARI BLOG

Huh..en Ben nak bubar blog list lagi..apa kata aku yg ciput pembaca (sebenarnya nak tulis BE) ni cuba nasib walau soalannya mencabar minda terutama soalan no memula tu...aduyai..aku dahlah x pandai dan selalu kering idea..nebermind mana tau terpilih mesti besh..
so sila jawap soalan
1.Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini ..
- betul tak aku cakap soalan mencabar terutama bagi aku yg kerdil ni..tp disebabkan baca jawapan en. Ben pada NUR i joint je..jawapannya 2,3,4,5, 6 hari sekali update...wallah...semua sekali adalah 27 entri.(malu...nyorok bawah meja sat)
2.Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ..
- dengan harapan dapatlah follower en. Ben walau sepoloh dua poloh org ke sehari jenguk2 jeling kat blog ni..bulehlah i nyer biznez tambah maju jaya
3.Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?
- blog dah fofular..maka aku akan cuba selalu update blog ni..memberi info dr pelbagai segi...donlod gambar2 cantek..sian pembaca kalau xder n3 baru en. Ben pernah ckp nnt kalau xd n3 follower boleh berpaling tadah..hu yey..
dah siap cikgu..meh ramai2 hantar kat sini yek
Sunday, January 23, 2011
choc for order
Friday, January 21, 2011
kering...kontang...
kering...kontang...jenuh dah duk but BW...nak cr idea nak buat n3 baru (nak cari...bukan nak curi...penekanan perkataan "nak cari"..hihi)...tapi idea tak mari-mari gak...adoilah dari 2 hari lepas dok n3 yg sama..buat malu je kat org yg lalu lalang singgah (ada k yg singgah...?)..
dolu-dolu kawan2 yg mengikuti "ketinggian" aku (bukan perkembangan sebab dr zaman sekolah sampai skang badan aku x pernah nak kembang walaupun time pegnen..tetap kurus keding) selalu cakap tgk pada cara aku menggilai novel (sila klik sini untuk tgk betapa gilanya aku ngan novel) dorg selalu tolong fikirkan tuk aku yg satu hari nnt aku boleh jadi sorg penulis.. perghhh... tinggi tul angan2 dorg tuk aku..

makanya akupun trylah berjinak-jinak ngan dunia blog ni mana tau blh jd penulis ke...(walau sebenarnya tu niat kedua..niat pertama tgklah aku nyer header "my business, my empire...konon...)..hampeh...x der bakat langsung....hasilnya keluarlah n3 karut marut ni...alahai...siannya aku..
ps:-pesan khidmat masyarakat..jangan muntah kat depan pc/lappy pas baca n3 ni..pi masuk toilet dulu ye
Wednesday, January 19, 2011
JOM GEGAR BLOG bersama Ben Ashaari

Salam sejahtera semua...hari ni rs nak try masuk contest abang BA mana tau dapat hadiah motor besar ke...bolehlah ganti motor ku yg meter minyak dah rosak tu..
mari2 semua...x rugilah joint...jom tengok kat sini
Tuesday, January 18, 2011
Kelibat Vanidah, Rashidi di mahkamah cetus persoalan
Harap2nya pasangan kesayanganku ini tidak akan mengikut jejak pasangan sehati berdansa yg lain yg mengalami keruntuhan rumahtangga...amin..

KUALA LUMPUR: Kelibat pasangan juara program realiti Sehati Berdansa musim pertama Vanidah Imran, 38, dan suaminya, Rashidi Ishak, 38, yang tiba-tiba muncul di Mahkamah Syariah di sini, menimbulkan tanda tanya orang awam dan media yang berada di mahkamah, semalam.
Pasangan artis itu yang turut ditemani seorang wanita tiba di mahkamah pada kira-kira jam 12.45 tengah hari dilihat terus memasuki kaunter pendaftaran kebiasaannya bertujuan untuk memfailkan kes berkaitan hal kekeluargaan seperti perceraian, tuntutan nafkah dan jenayah. Selepas hampir 15 minit berada di dalam, pasangan itu bersama wanita terbabit dilihat keluar dari kaunter berkenaan.
Bagaimanapun usaha mendapat komen daripada pasangan selebriti itu gagal apabila Rashidi atau lebih dikenali dengan nama Shidi yang berkemeja putih kelihatan terkejut dan berang gambarnya diambil.
Dia bersama isterinya Vanidah yang berpakaian serba hitam dan berkaca mata hitam dilihat meninggalkan mahkamah sambil berpegangan tangan.
Bagaimanapun, difahamkan kehadiran pasangan itu bertujuan menemani saudara mereka yang mempunyai urusan di kaunter berkenaan.....................
Bacaan lanjut... kredit to MyMetro
Monday, January 17, 2011
nak murah rezeki...
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah
p/s-redho dari mak n abah yg buat kita semua akan lebih dirahmati...
Ya Allah Ya Rohman..panjangkanlah umur mak dan abah...berikanlah kesihatan yg baik kepada mereka berdua untuk terus beribadah kepada MU...ya Allah ya Rohim permudahkanlah segala urusan mak dan abah...sesungguhnya aku amat menyayabgi mereka berdua...amin Ya Allah..
Saturday, January 15, 2011
minyak habis?
bukan nak cerita pasal minyak masak yg dok heboh diperkatakan habis dipasaran just nak kongsi something terutama women rider cam aku nih...
kalaulah tetiba korang nyer meter minyak tetiba dok kat tengah2 walhal korg tak isi minyak pun tolonglah jenguk-jenguk kat tangki dia yek..kes jadi kat aku ingatkan en. hubby tolong isi minyak (tak tanya kat dia pun...padan muka aku...hihi) bila tgk meter minyak tetiba dah naik jadi half....dlm hati ucap thanks jer (lain kali ucap je terima kasih kalau rs ada apa2 dia buat...lagi sekali padan muka)...
oleh kerana dah banyak pengalaman layan women rider cam aku apek tu selamba jenguk kat tangki..."wala wei..kakak minyak sudah kering...ini meter sudah stop bateri sudah kong"...
muka terus tukar kaler...hijau....biru...kuning...malu siot...tu ar lain kali bawak-bawaklah ambil tahu pasal motor gak janganlah dok harap kat hubby je...sampai benda basic cam minyak habis pun x tau...tapi sungguh sepanjang berkecimpung dengan dunia permotoran dah 18 tahun ni mana aku tau kalau bateri kong meter mati terus jarum dia dok kat tengah2 mcm minyak ada half lagi...korang tau ke?
p/s:-moral of d story
1-jangan lupa ucap terima kasih walau korg x pasti betul ke dak org tu yg tolong.. (kalau aku ucap terima kasih kat hubby walhal dia x isikan minyak mesti aku dah tau meter minyak tu rosak pasal en. hubby mesti terpinga2 kalau aku ucap thanks kan...huhuhu)
2-ambil tahulah some part of motor cam tukar tayar terutama women rider...tak kanlah nak tercongok jer tunggu org benti tolong betulkan..kalau org baik yg benti ok gak..kalau org jahat...Nauzubillah...
3-bawak2lah duit lebih sikit...kalau g keje takut apa2 jadi...tapi jangan banyak sangat bahaya kalau naik motor...(smlm utang kat apek "pomen" 50sen..tp dia ckp xpelah kasi discount minyak kat u...alahai...tq apek...)
Friday, January 14, 2011
giler coklat

www.homechoc.com
www.semaniz-chocolate.blogspot.com
p/s:- aku masih belajar...tapi belum pandai2...kalau aku dah pandai korg nak order tak?
Sunday, January 2, 2011
aku di sembelih doktor
13-18 hb December 2010...@ Hospital Putrajaya
Right parathyroidectomy with right hemithyroidectomy
cucuk dan cucuk lagi...(kalau perasan ada tanda hitam kat kulit...tu yg dah di cucuk sebelum ni...dah bocor...masuk ubat tapi keluar)...
masuk air gak beb...
p/s-blog ni dah jadi caca marba....xpe...ini pun antara koleksi shida gak...
Selangkah ke umur yang baru

02/01/1980 itu yang tercatat dalam surat beranakku...
Ya Allah semoga bertambahnya umurku ini maka akan semakin matanglah diriku ini untuk menghadapi segala yang telah di tentukan di hadapan ku..semoga aku akan menjadi seorang ibu yang sentiasa sabar dalam mengawal kerenah anak2ku...menjadi seorang isteri yg cuba memahami segalanya..seorang anak yg tidak lupa jasa org tuanya...seorang adik/kakak yg cuba ada di saat diperlukan adik beradiknya..seorang kawan yg setia...seorang hamba yang taat suruhan-NYA..
Terima kasih bonda ku Hajah Rokiah Haji Saidon kerana sentiasa ada di sampingku dalam menghadapi susah senangku selam 31 tahun ini...sampai mati akan ku kenang pengorbananmu mak...seorang yang amat memahami dan cuba untuk sentiasa memahami diri ini...
Abah..terima kasih atas segala titik peluhmu yang tumpah untuk anak perempuanmu yang satu2 ini...tiada kata yg dapat diucapkan atas segala pengorbananmu itu..abah...